Kawan-kawan... Tq friends..

Saturday, July 30, 2011

Selamat Berpuasa

SELAMAT MENYAMBUT
BULAN RAMADHAN AL MUBARAK



p/s: Doakan saya mampu berpuasa... amin...

:)

Wednesday, July 27, 2011

IKEBANA PROJECT - Part 6

Ikebana ku..
projek yang sudah lama menyepi...

saya cuba juga buat sikit-sikit..
dengan harapan lama-lama siaplah projek ni..
nampaknya tak dapat la saya gantung raya ni..
tahun depan kot..
hehehehe

ada sekuntum bunga lagi yang masih belum saya mulakan,
daun pun ada beberapa helai,
pasu belum stitch penuh lagi,
last sekali kena stitch shadings sekeliling bunga dan daun..

pergh..

banyak lagi la..

sempat ke raya tahun depan nih..?
hehehe

Friday, July 22, 2011

5 hari 4 malam

di
Avillion Admiral Cove

Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia
:)

Tempat ni memang cantik..
Tempat parking kapal-kapal orang kaya..
Pemandangan masa sunset pun cantik..
Bilik pun cantik dan luas..
Cuma yang kurang sikit adalah makanan dia.. ada yang sedap tapi banyak yang tahap biasa-biasa jer.. ikut tekak masing-masing la kot.. :)


Saya ke sini kerana bertugas..
Tinggal la 3 orang hero saya di rumah..
Tapi cakap betul la, walau macam mana cantik pun tempat ni, rumah saya yang bersawang tu jugak la tempat yang paling syok dalam dunia.. hehe..

owh..
blog ni pun dah bersawang rupanya.. hiks!