Kawan-kawan... Tq friends..

Tuesday, May 31, 2011

Panel & Bobbin Storage

Inilah hasil singgahan pertama ke CraftWorld.
Saya jarang beli panel... tapi yang ini memang menawan kalbu ku..

Selain beli fabrik, ternampak pulak tempat simpan bobbin nih..
Bawa balik la satu..
Walaupun bobbin saya sikit jer sebenarnyer.. hehehe.. teringin... hehehe..


Selamat tinggal Mei 2011..
sweet memories remain..
:)

Monday, May 30, 2011

Oren

MamaDaniel memulakan projek baru..
dengan benang yang diimport pada bulan Mac ari tu..
sikit punya lama simpan..
sikit punya lama mencari pattern..
baru sekarang berani mencuba..


cuba teka saya nak buat apa?
hehehe...

Tuesday, May 24, 2011

Bantal dua beradik

Daniel & Dedeq
Bantal Dedeq yang gambar zoo..
Bantal Daniel yang vroom vroom..
Dua-dua saya buat FMQ!
practice!practice!
hehehe..

model senyum macam matahari..
bantal ni untuk dibawa ke Pasti..
:)


Kat sekolah, mualimah panggil dia amir..

Masa sambutan Hari Guru Sabtu lepas, dia jadi leader untuk bacaan ikrar, syahadah dan doa.. terperanjat mama tengok dia dok depan jadi leader.. sebab kat umah sepatah habuk dia tak cerita pun.. haha.. maybe dia ingat itu perkara biasa yang diorang buat hari-hari kat sekolah kot.. haha.. ustaz..ustaz.. Kat umah kitorang panggil dia Ustaz Naik Basikal sebab dia selalu lambat, orang dah start makan baru dia cakap.. 'eh... belum baca doa makan la!!' dan mama dia akan jawab.. 'Alamak..Ustaz naik basikal ni lambat la..orang dah start makan, dia baru sampai nak baca doa..' (mama dah lapar la wei!) hahahahaha

Wednesday, May 18, 2011

Quintuplets

Kembar Lima..
yang seiras tapi tidak serupa!


Sarung bantal dengan size 17 inci x 17 inci
Permintaan dari Kota Bharu
Colorful applique for the names
Quilted ala-ala fluffy bun
Binding dengan Lime Kona Cotton

Sarung bantal dengan zipper..
Mak saya confirm bangga tengok saya jahit zip nih... hehe.. sebab ini ikut ajaran mak.. :)



dan zipper ini pula special untuk orang KB itu..
sebagai cenderahati.. ikhlas dari hati..
hehehe

Projek ni siap dan selamat dihantar sebelum cuti cuti Langkawi aritu..
Hope they love it!
Jangan serik ek!

Sunday, May 15, 2011

A Vase Of Flower Project is D.O.N.E

What a relief!!
Saya dapat siapkan juga Projek Sejambak Bunga ini..
Sew Along Project organised by MyBotanG
Thanks Cik Sue for such an effort! Walaupun saya ni selalu ketinggalan kapal terbang, tapi kerana minat dan kesungguhan serta semangat dari Cik Sue dan kawan-kawan bloggers/crafters yang lain, maka dapat juga saya menyudahkan projek ini... (eceh.. macam ucapan menang anugerah plak! hehehe)

Sejambak Bunga selepas siap ditampal pada background fabric..
(sebelum dijahanamkan oleh applique stitch saya! muahahaha)
suci dan murni je kan....

dan...
kemudian...

Sejambak Bunga selepas siap saya stitch..dengan benang hitam..
okey ke?
okey la tu.. saya first time jahit raw edge macam ni..
especially part bunga daisy saya tu..hehe.. amacam? menjadi tak?
muahahaha



dan sekarang..
Sejambak Bunga ini selamat dibingkaikan..
sebab macam tak terasa nak quilt.. (alasan!!!)
hahahahaha...

p/s: Siapa perasan saya punya applique ni semua terbalik.. haha.. sebab saya trace kat gambar, bukan kat pattern yang telah disediakan.. haha.. padan muka saya.. dah la lambat start, pastu over excited nak buat sampai tak perasan pattern ada, print sesaja je.. muahahahaha.. apa pun saya rasa puas hati gak sebab it turns out to be fine eventhough terbalik! hahahaha.. hahahahha.. hahahaha... (gelak guling-guling) hahahahha (sambil tepuk dahi lagi!) adoi!

Wednesday, May 11, 2011

C u t i - c u t i L a n g k a w i

bersama keluarga tercinta...

6 - 8 May 2011


6 Mei 2011


7 Mei 2011



8 Mei 2011


best sangatttt!
:)

Friday, May 6, 2011

e.n.a.m. m.e.i.

t.i.g.a
p.u.l.u.h
d.u.a

ia bukanlah angka..
ianya adalah huruf semata-mata..

hahahaha



cake birthday pun buat sendiri..
buat tau..
bukan masak..

hehe..

nampak sedap kan....!
pattern dia saya ambil di sini.
try la!

my first cupcake
on my 32nd birthday!


dan


pada ketika ini
saya sedang cuti-cuti Malaysia
bersama keluarga tercinta!

Jumpa lagi!
:)

Monday, May 2, 2011

Sudah tujuh tahun....

kami ambil gambar ini..
:)

..2 May 2004..



Gambar 2 May 2011..


\(*.*)/


hehehehe
sama je rupa parasnya..
cuma Papa D je tembam sikit! ahaks!


Sempena cuti yang diisytiharkan pada hari ulang tahun kami yang ke-7 ini, maka kami bercadang nak ke gi tengok rama-rama.. hehe.. tengok rama-rama kat rumah jer.. hehehehe

:)

---

Doakan kami bahagia dunia dan akhirat..
Amin...