Kawan-kawan... Tq friends..

Saturday, May 30, 2020

Kisah 2020: Salam Aidilfitri 1441H dengan hashtag #covEid

Assalamualaikum..

Salam 7 Syawal.. (dengan trending #covEid)
hihihi... nak jugak ikut trend 😉😉😉
salam raya di perantauan..


jangan scroll dekat-dekat gambar ni.. nanti nampak muka mami ni yang penuh dengan jerawat.. hahaa.. mungkin stress masa nak raya haritu.. stress tak dapat balik kampung.. stress nak masak lauk pauk raya.. hati memang tak rela.. sampai melalak la jugak.. call makabah kat kampung sambil meratap di bucu katil.. i cry like an old baby.. hahaa.. 

Alhamdulillah, masa 1 Syawal saya dah tenang dan redha.. syukur tak menangis di pagi raya yang mulia.. penuh syahdu beraya di rumah sendiri.. tak pernah umur lagi tau.. dulu dah due nak bersalin nombor dua pun ku cekalkan hati balik kampung juga.. Doktor pesan jangan jalan jauh, takut sakit nak bersalin tengan jalan jammed camne nanti.. hahaha.. time tu degil nok!! hahaa! balik Johor je masa tu, tak berani balik Kelate.. hihihi.. Alhamdulillah 16 Syawal baru bersalin masa tu #kenangan2008

syukur juga.. saya ada kakak yang duduk dekat.. dia dan anak-anaknya semua ada di sini juga.. meriah lah jugak kami raya bersama.. Pagi raya video call dulu dengan mak abah dan abang-abang dan juga parent-in-law kat Kelantan. Makan-makan.. Saya masak sup tulang resepi azie kitchen.. memang terbaik boh!!!  sedap amat!! sesi malam saya masak nasi minyak dengan ayam masak merah.. resepi azie kitchen juga.. yummmeh!!! Siang saya beraya rumah kakak, malam diorang pulak beraya rumah saya.. 


Done raya 2020! Tahun ni kerajaan bagi kebenaran beraya sehari sahaja.. maka dengan skemanya kami pun menurut perintah. hahaa.. tak memasal la nak bayar kompaun kan. duit baik guna beli pokok.. eh!! hahahhaha

Yup! betul! oleh kerana tak dapat beraya rumah sanak saudara, maka saya pun beraya la di nurseri.. haha.. beli pokok dan pasu buat terapi jiwa.. hahaha...


Nurseri ni namanya Artech Home Decor. 
google je insyaAllah jumpa.. dia kat area Cheras ya..
Datang sini kalau tak bawak balik apa-apa memang ajaib ler.. hahaa..

pokok dalam pasu biru bernama sansevieria trifasciata dacaena kot.. banyak sangat variation.. saya pun tak habis kaji lagi.. hahaha.. yang dalam pasu putih tu namanya golden haahni
jenis pokok sansevieira ni sekarang memang tengah viral.. orang kata untuk air purifier dalam rumah..  dan insyaAllah senang jaga juga.. kategori hard to kill plant.. hahaha..


dan yang ini whale fin!! kesayangan hamba yang baru tiba dari Melaka! beli kat shopee je uols!
hahaa.. cari kat nurseri memang habis belaka.. online juga akhirnya.. alhamdulillah.. sampai dalam keadaan yang selamat.. elok seller tu wrap dengan kertas tebal, pastu masuk dalam kotak (tanpa pasu).. memang risau takut daun dia patah dalam perjalanan ke kan.. hihi.. syukur.. si cinonit ni sampai terus saya tanam elok-elok dalam pasu.. ada rezeki nanti kita cari pasu baru ye darling.. hihihi..

pasni nak tanam salad dan sawi plak.. geram tengok kawan share gambar pokok sayur dia.. hahaa..

take care semua!
jumpa lagi!