Assalamualaikum..
Projek sambungan dari 2015..
Disappearing nine patch quilt..
Asalnya nak buat untuk sahabat yang sedang pregnant.. tengok-tengok bakal dapat baby boy.. bila ditelek-telek, macam tak sesuai pulak warna ni untuk boy.. makanya.. susun-susun ambik gambar pastu simpan balik.. muahahaa.. tak jahit lagi.. gambar bawah ni testing sahaja.. hi hi hi...
Disappearing 9 patch ni agak mudah nak buat.. asalnya adalah 9 keping fabric yang dicantum bernama 9 patch block. Setiap fabrik sebelum cantum cuma 4 inci je.. agak kecil. Lain kali kalau nak buat saya plan nak buat besar sikit.. sebab bila racik nanti taklah rasa halus sangat.. hehe...
fabrik di tengah-tengah 9 patch ini akan menentukan warna tema quilt kita.. jadi saya pilih oren-kelabu-maroon combo.. fabrik di 4 penjuru guna warna apa pun boleh.. ini scrappy quilt.. jadi campur gaul sesedap rasa.. ;)
Memula kita adjust bagi elok atas cutting mat. Pastu potong dua betul-betul di bahagian tengah 9 patch block kita...
Pusing elok-elok blok ni.. dan potong tengah juga.. kalau tak nak pusing kain.. pusing cutting mat.. kalau tak.. pusing je badan.. heheehe...
Pastu adjust la susunan 4 block yang dah racik tu sampai dapat susun atur yang berkenan.. pastu cantum balik.. jadilah disappearing 9 patch blok seperti ini..
Senang kan? Cantum 9.. potong 4.. cantum balik 4 tu.. hehehe... potong cantum potong cantum.. itulah kerja den.. :p
Tak tahulah jadi apa nanti dengan 12 blok yang dah siap ni.. nak tambah lagi buat besar lagi macam tak mampu dah.. hehe.. silap-silap jadi sarung bantal lagi ni.. hehe..
Sebabkan yang ni tak sesuai untuk baby boy.. maka saya pun mulakanlah projek quilt baru.. haha.. stay tuned!
Jumpa lagi..
Take care!