Assalamualaikum..
Alhamdulillah.. pejam celik pejam celik sudah lebih 1 minggu saya selamat menjalani prosedur mata Relex Smile dengan Prof Dr Muhaya. Saya buat kat Pusat Mata & Lasik Prof Muhaya kat Kajang. Dekat je dengan rumah.. tak sampai 15 minit pun..
Sepatutnya appointment saya untuk cek mata adalah pada 29 Oktober 2015 ( Khamis) tapi pihak klinik call minta saya datang pada 28 Oktober (Rabu). Saya pun ok je la. Ingatkan nak gi cek mata je kan.. nasib baik cukup ngam2 10 hari saya tak pakai contact lense. Berdebar jugak la sebab mind dah set dan bersedia untuk 29hb kan.. kalau ikutkan 29hb cek dan 30hb lasik.
Pagi-pagi saya dah sampai klinik. Appointment pukul 8.30. Husband saya teman. Staf kat klinik dah pesan jangan drive sendiri. Mesti ada orang hantar. Mesti! Saya pun ada kaji2 juga.. katanya lepas titik ubat pandangan mata akan blur. Pakcik tu hantar je. Bila siap je daftar isi borang semua dia pun balik dalam pukul 9 lebih. Hehe.. saya takut dia boring. Tapi rugi gak la. Sebab sebenarnya ada viewing room. Ahli keluarga boleh tengok prosedure dijalankan. Takpelah papaD.. takde rezeki.. hihihi.. tapi bagus gak dia tak tengok.. saya takut saya nervous berganda.. hahaha..
Lepas daftar semua.. saya dah dipanggil masuk dalam bilik untuk cek mata. Saya rasa yang cek mata ni semua technician. Saya dapat Encik Hages tak silap namanya.. Very young indian guy yang sangat berbudi bahasa. Sangat tenang bila dia handle machines tu. Saya rasa ada 6 kot mesin kena tenung. Rasa juling bijik mata. Ada mesin kena tenung star hijau..ada mesin tenung belon panas.. ada satu tu red dots. Mesin ada banyak so kita akan bersama-sama tetamu yang lain dalam bilik gelap tu.. dalam tu beberapa kali juga mata akan dititik dengan ubat. Mata saya agak kering. Mungkin sebab saya asyik menangis sebelum tu. Kecelaruan emosi sangat masa tu.. huhu.. Alhamdulillah.. emosi stabil pada hari tersebut. Kalau tak..mungkin saya tak sampai pun ke klinik prof.muhaya pagi tu.. ;) masa memula dalam bilik tu prof datang salam-salam greets semua orang.. rasa seronok sangat dapat jumpa face to face.. :) berbunga je hati.. hihi...
Lepas habis cek mata dengan en hages tu saya lepak tunggu.. pastu ada tea ladies yang datang hidang air dan sandwiches. Rasa macam kat rumah tau. Siap tanya nak minum apa.. hihi.. baru nak ngap dah kena panggil.. sempat la abiskan dulu roti tu.. hihi.. rupa-rupanya optometrist yang panggil. Tengok rupa.. hmmm mudanya adik ni...a young lady yanh cantik tapi serious sikit orangnya... hehehe... okeh.. kebanyakan staf situ semua mudanya dan belianya.. terasa aii ni makcik2 sudah... kikikiki...
Optometrist tu pandangan pertama saya is muda kan...jadi bila muda mestilah baru kerja kan.. tapi bila dah cek mata dengan dia.. owh... memang kagum...teliti sungguh orangnya. Cara cek macam nak buat cermin mata tapi extra lagi.. memang pro..lepas tu dengan optometrist ni la ditentukan mana satu mata dominan saya.. mata kanan adalah mata dominan. Mata kiri saya yang bukan dominan ni akan ditinggalkan sedikit rabun (75) untuk standby rabun dekat yang mungkin saya akan dapat dengan peningkatan usia kelak... jadi bila saya rabun dekat nanti saya boleh membaca dengan mata kiri ni tanpa perlu cermin mata lagi.. InsyaAllah... lepas tu prof kata mata prof pun sama macam saya. Kiri 75 dan sekarang tak perlu cermin mata untuk membaca.. :)
Siap jumpa optometrist.. saya lepak lagi sementara tunggu nak jumpa prof. Masa tu mata dah blur dah. Nak baca wassap pun tak nampak dah. Kembang je semuanya.. huhu...
Kejap je melepak. Dalam pkl 11 dapat jumpa prof. Prof cek mata.. prof kata saya sangat calm.. hehe.. mata saya relaks je la.. saya tak nampak nervous. Hmmmm.. ye.. memang time tu tak nervous ya puan-puan.. sekejap lagi hamik ko... hahahaha..
Siap cek.. prof cadangkan saya buat relex smile. Sebab mata saya agak kering. Takut saya amik masa hingga 6 bulan untuk pulih sepenuhnya. Lepas tu bila prof tunjuk vidoe beza lasik dan relex smile... hmmm terus decide nak buat relex. Hahaha... relex smile ni procedure dia amik masa 23 saat on each side. Prof akan laser kanta mata sedikit sahaja. Kalau lasik akan laser keliling dan flap terbuka.. huhu... tak gheti nak explain cemaner sebab bukan doktor kan.. sekejap je jumpa prof.. dalam 10 minit kot. Keluar je dari bilik prof tak lama saya dah kena panggil untuk prep. Milo pun tak sempat minum.. hihi... sebelum tu prof ajak bergambar.. nasib baik prof ajak.. aii kan pemalu... kikiki.. nasib ajak.. kalau tak memang takde gambo la kita.. hahaha...
Staff lelaki yang saya rasa berbangsa india yang preparekan saya untuk surgery tu. Prepare pakai kot biru dan topi biru tu la. Pastu dia explain apa yang saya perlu buat.
1. Saya perlu bertenang
2. Saya akan memandang 1 lampu di hadapan saya selama 23 saat. Pandang depan tanpa menggerakkan mata.
3. Sentiasa selawat
4. Baca surah kul huwallahuahad 3 kali dalam hati
Okeh... saya rasa dia bukan Islam dan dia asyik ulang no.3 dan no. 4.. hihi..
Dalam bilik surgeri.. ada seorang lagi staff.. a lady. sangat soft spoken... saya aasume dia nurse ek.. huhu.. sebab dia tak perkenalkan diri.. saya pun silap tak menanya.. huhu.. nurse ni asyik berpesan perkara yang sama.. baca alfatihah..selawat.. kulhuah.. kemudian dia bersihkan mata saya lepas saya baring atas katil surgeri tu. Okay.. masa ni baru macam sedar dari khayalan.. okay... aku nak laser mata ni.. betul ke aku ni.. adoi.. berani betul.. betul ke aku berani ni.. okay.. reality really hits me saat tu... tetiba saya mcm nervous. Nurse tu pesan kalau nebes tarik nafas tahan 7 saat lepas perlahan-lahan.. adoi... 10 kali buat tp saya boleh dengar degup jantung sendiri... (okay.. a bit exaggerating di sini) tapi saya memang nebes time tu.. tuhan je tau. Mulut tak berhenti kumat kamit... takut bebenor..
Bila prof masuk prof sapa kedua-dua staff yang ada tu... apa khabar mr ravi.. apa khabar puan xyz.. saya macam.. hah? Ravi? Hahaha... ravi yang ajar selawat tadi.. hahaha.. owh ravi..kagum mak dengan ravi.. ;) ;) ;)
Okay.. now... laser mau mula...
Mahu sambung sekarang ke?
Hmmm...
Nantilah....
Tunjuk gambar last berspecky ek...
;)
To be continued...
;)