Assalamualaikum..
Entah kenapa.. sejak dua menjak ni saya tiada idea untuk menulis.. nak buat wordless wednesday macam tak aci la pulak.. kalau seminggu ada 2-3 entry boleh la buat WW kot.. hehe.. projek ada.. projek jahit kecil-kecilan.. tapi belum ada idea nak tulis cemaner..huhu.. mungkin kerana keadaan persekitaran.. rumah masih berkecah.. dalam kepala banyak sangat yang difikirkan.. memikirkan keperluan, kehendak dan kemampuan.. haha.. mungkin saya patut senaraikan kesemuanya satu persatu dan mula buat kira-kira.. selama ini semuanya hanya ada dalam kepala sendiri.. kalau dibincangkan pun mungkin tidak secara terperinci.. mungkin tak sampai maksud seperti yang diharapkan.. hmmm...okey.. makcik ini sedang merapu.. entah lah... hahaha..
Jadi.. daripada saya terus merapu.. mari kita sama-sama pening kepala.. pening kepala tentang Projek Rumah Nombor 6.. :P Saya pernah sebut kot awal tahun ni kami ada buat projek rumah sikit.. Alhamdulillah.. setakat dah sebulan lebih ni berjalan seperti yang dirancang.. syukur sangat.. dah nampak la ruang baharu.. ;) ;) sebenarnya malu nak cerita.. projek biasa-biasa je.. ;) tapi projek inilah yang membuat kehidupan saya tidak begitu teratur sejak dua menjak ini... pening fikir itu dan ini.. ;)
Jadi.. kali ini mari kita cerita tentang kepeningan memilih sinki untuk ruang makan... sebenarnya ruang makan ni kami tak kacau pun dalam projek ni.. haha.. saja nak menambah sinki ni alang-alang ada tukang kan.. masuk je la sekali.. sebelum ni memang takde sinki asing pun.. kalau ada tetamu memang sama ada sediakan kendi air atau pun terus lah jemput ke dapur kiut ku untuk basuh tangan...hihihi...jadi sekarang ni berangan la nak buat sinki pula.. kemudahan untuk tetamu dan juga anak-anak.. Lepas ni kalau tetamu datang tak yah la ke dapur makcik yang 'hensèm' itu.. miahahaa...
Bila pening-pening lalat.. saya menggoogle..
bila google lagi banyak pilihan..
pastu banyak keluar sinki kat tandas
jadinya saya makin pening..
haha..
Pening menggoogle, kita jalan-jalan la ukur jalan.. hahaha
Ni gambar-gambar hasil ke Home Pro IOI City Mall.. ;)
Selamat menjamu mata..
Semua cantik.. nak letak kat ruang makan pun comel.. dalam tandas pun ok..
Sebenarnya saya suka gambar pertama tu.. macam meja.. kena pula dengan cermin tu..
tapi bigboss@perdana menteri@tuantanah macam belum memberikan persetujuan..
maka..kami akan meneruskanlah pencarian yang memeningkan ini..
haha.. sebenarnya pilih tu senang.. tapi nak dapat persetujuan bersama itu yang agak mencabar.. tapi kalau pasangan kita senang-senang kata setuju pun tak seronok gak kan.. muahaha..
saya tau..saya memang agak memeningkan..
hahaha..
ok.. lain kali cerita lagi..
pening masih belum kurang lagi..
kena fikir pasal tiles plak ni..
ho ho ho
;)