Kawan-kawan... Tq friends..

Friday, November 28, 2014

Selamat cuti sekolah Malaysia...

Syok nya.. sebulan lebih cuti.. 
Mama papa dapat cuti iron uniform sekolah la.. hahaha..


Amar Danish dah tamat pra sekolah..
Alhamdulillah..
Walaupun dia belum lancar membaca.. tapi saya bersyukur dia boleh baca iqra dengan baik.. tahun depan masuk darjah satu dah.. 


Tahun depan kena iron lebih banyak uniform nampaknya..
Hehee..

Happy school holiday everyone!
Enjoy!
♡♥♡♥♡♥

Sunday, November 16, 2014

Tutorial: Half Square Triangle

Assalamualaikum..

Ingat tak Sarah's Choice quilt block? Block yang nampak macam banyak segitiga tu... blok bintang yang macam kuih bakar tu.. hahaha... blok tu terhasil menggunakan teknik half square triangle atau lebih glamer dgn nama HST. Jom kita nak share teknik HST yang mudah tapi perlu berhati-hati ini... :)

Sifir untuk HST ni adalah 7/8. Yang bermaksud kalau kita nak block HST kita bersaiz 6 1/2 inci (siap), kita kena potong kain kita 6 7/8 inci. Kali ni saya nak buat HST dengan saiz 6 1/2, jadi saya potong 2 jenis kain berbeza dengan saiz 6 7/8 inci × 6 7/8 inci. Saya pilih biru dan merah.. ;) kalau perasan kain ni 1/8 inci je nak jadi 7 inci..


Size 6 7/8 inci × 6 7/8 inci

Lepas tu, kita gariskan kat belakang kain ni dari bucu ke bucu.. garisan ini adalah sebagai panduan untuk jahit dengan jarak 1/4 inci di kiri dan kanan garisan tu.. dalam gambar tu saya garis siap-siap dengan garis putus-putus yang bermaksud kena jahit di garisan itu.. kita akan jahit 2 kain merah dan biru ni right side facing ek.. jahit pada wrong side... 


Lepas jahit akan dapat seperti ini..


Pastu potong la dia.. okey.. ini peralatan mesti ada untuk quilting..
Rotary cutter
Cutting mate
Ruler

Semua ni bersama saya sejak 2008 lagi..
Rotary cutter tu tukar blade je..
:)


Lepas potong dia..maka terbelah la dua menjadi segita..


Bila kita buka..
taraaaaa..
jadilah half square triangle. .


Senang je kan...

Saya buat 4 keping..
Nak buat pinwheel block..

Kita cantumkan satu side dulu.. kiri dan kanan seperti dalam gambar atas ni yang dah siap jahit tu... seam allowance mesti 1/4 inci ek.. ini memang sifir cikgu quilt ajar.. hehehe

Kemudian satu side lagi..
atas ke bawah.. saya akan pin banyak-banyak terutamanya kat point bertemu kat tengah-tengah block ni..


Pastu press elok-elok..
Siap satu block..
Bersaiz 12 1/2 inci..
Bila cantum dengan block lain, block ni akan jadi 12 inci (finished)

Hehe..

Buat menambah BOM 2014 kita..
;)

okey.. makcik ini mengaku.. bukan senang nak buat entry tutorial..
sebab banyak gambar.. dan kena fikir camner nak tulis sebaik mungkin..
makcik baru belajar.. salah silap dan kekurangan mohon dimaafkan ek..
Hehe.. harap Cik Ina kat Kuantan baca entry ni.. kerana cik ina shoguna kita ni la saya memberanikan diri buat tutorial.. tapi cakap betul google je HST, boleh dapat baaaaanyak tutorial.. mat salleh memang rajin berkongsi ilmu..
Owh..lupa.. tengah tunggu kelas jahit mula ni.. nak belajar jahit baju kurung pahang.. doakan saya diterangkan hati.. senang terima ilmu baru ini.. amin....

tata..
Take care!
Jumpa lagi..!
♡♥♡♥♡♥

Wednesday, November 12, 2014

Bunga biru di hari Rabu.. ;)

Assalamualaikum...

Bunga-bunga biru..
Buat menambah koleksi..
perasan tak asyik tambah bunga tapi satu tak siap lagi...
miahahahaha....



Hexagon kuning hitam kelabu..
bila susun-susun banyak kelabu dan hitam pulak..
hmmm.. macam kena tambah kuning lagi..


Lepas ni buat set pink hitam pulak..
hehe..
berangan itu free...
hihi..

take care!
Jumpa lagi!
♡♥♡♥♡♥

Sunday, November 2, 2014

Main-main di hujung minggu... ;)

Assalamualaikum...
Hujung minggu yang dinanti.. selepas minggu yang agak panjang..terasa panjang sebab dua orang kanak-kanak di rumah exam serentak.. mak yang stress... risaukan anak-anak yang tak risau langsung...hahaha.. abis exam kita bagi diorang main puas-puas.. sebab kan sekarang asyik hujan.. diorang ni main je la dalam rumah.. berlakon jadi pendekar.. hang tuah, hang jebat dan hang kasturi.. hahaha...


Yang buat tengkolok tu abang daniel la.. dia tengok kat tv.. guna wrapping paper.. pastu siap buat keris dari kotak koko krunch.. hehehe... layankan je la.. hehe..


Sambil diorang main.. sambil la saya main susun-susun hexagon saya.. projek kecil-kecilan terkini.. tema kuning hitam kelabu.. macam lebah.. hehe.. berangan nak buat bantal baby.. hehe.. rasanya perlu dalam 40 keping hexagon 1 inci ni.. baru separuh jalan.. eeee... tak sabar nak siapkan.. terbayang kecomelan bantal tu nanti. Hehehe.. perasannn.. hahahhahah...




Dzarif pulak busy nak main kat luar rumah.. main siram pokok je la dik..gajah biru cinonot tu beli kat Mr DIY..RM4.50 je.. hehe.. ini gambar pagi ahad yang hujan.. dia ni nak bagi jangan melalak ialah ajak dia main kat luar...hehe..

Owh..pokok ku nan sepasu.. pokok yang mak abah bagi. Masa memula sampai dulu slim je pokok ni.. sekarang gemuk dah.. Alhamdulillah.. berkat anak2 rajin tlg siram.. saya berangan nak tanam pokok lagi.. tapi tengah mengkaji pokok apa yang senang nak dijaga.. tahan lasak dan umur panjang.. pokok bunga kertas senang nak jaga tak ek? Hehe.. nak yang berbunga jugak. Hehe..
Kalau ada cadangan bagitau kita ek..
Tengah semangat ni.. haha..

Hingga jumpa lagi!
Take care!
♡♥♡♥♡♥