Assalamualaikum..
Hari ini nak cerita tentang satu-satunya slab block yang berjaya saya cantumkan..
Iyer.. satu sahaja..
Muahahaha..
Saya suka projek yang menggunakan scraps fabric ni.. menggunakan fabric to the max.. haha.. ikut pengalaman pertama saya ni, block ni tak susah nak buat. tapi kita kena ada scrap yang banyak design baru best.. kalau tak lambat juga masa nak matchingkan scraps tu.. sebab tak banyak pilihan kan..
Pilihan kain scrap yang ada cuma group merah, biru dan hijau campur kuning. Purple macam tak banyak.. Jadi saya pilih merah.. senang je.. bekas scrap tu saya letak tepi mesin.. pilih 2 scrap dan jahit.. buat la 3 pasang ke 4 pasang ke.. pastu cantum pasangan tu pula ataupun cantum scrap piece lain.. kalau size tak sama saya trim kan satu side. Asalkan boleh cantum dengan elok.. hmmm..boleh imagine kan? Saya takde gambar step by step.. nanti kalau ada second block saya snap gambar ek..tapi doakanlah semoga ada second block itu.. ;) miahahahaha...
Kalau kalian rajin google.. boleh search Just One Slab quilt block.. boleh tengok projek yang blogger naptimequilter anjurkan pada 2013. Nanti saya linkkan ek.. sekarang update guna tepon je.. laptop dah pejam.. huhu..
Slab ni bila saya tengok web Pusat Rujukan Persuratan Melayu maknanya ialah tiles..jubin.. hihi.. kalau rajin buat quilt jubin ni memang cun melecun ni.. Block saya ni 6 1/2 inci.. cinonit je.. kalau rajin boleh tambah-tambah lagi jadi 10 inci ke 12 inci ke. Baru cepat jadi quilt.. muahaha.. berangan tak habis-habis.. muahaha..
okeylah..sekian kisah sebuah block jubin mamadaniel..
hihi..
jumpa lagi..
take care..
♡♡♥♥