Kawan-kawan... Tq friends..

Sunday, July 27, 2014

Selamat hari raya.. ampun maaf dipinta..

Assalamualaikum....
Di penghujung Ramadhan yang mulia ini saya ingin memohon ampun dan maaf kepada semua.. andai ada tersilap kata terlanjur bicara.. almaklumlah kadang-kadang terlupa diri masa menaip cerita meluah rasa..

Ini pula adalah kad daripada Daniel dan Danish untuk mama dan papanya.. yang meriah coloringnya tu Danish la punya kerja.. hahaha.. Daniel tu sebenarnya lebih kepada surat raya.. minta maaf salah silapnya.. ucap terima kasih kerana menjaga dan mengajar dia.. hehe.. bahasanya cukup straight to the point... hahaha... tapi sekali baca saya faham isi hatinya.. terima kasih anak-anak mama.. am so touched! ;)

Saya dah selamat sampai ke kampung di Johor..
Alhamdulillah.. perjalanan kali ni sangat Allah permudahkan..
Tak bertemu traffic jam langsung..
seronok sangat!

Oklah..
Selamat hari raya aidilfitri..
Maaf zahir dan batin..
Jumpa lagi!

Tuesday, July 15, 2014

Salam Nuzul Quran... Salam untuk Gaza

Assalamualaikum...

Selamat menyambut Nuzul Quran semua.. bulan Ramadhan bulan AlQuran.. semoga segala amalan kita diterima Allah hendaknya.. Amin...




Tahun ni kami dapat cuti sempena Nuzul Quran.. rasanya ini tahun pertama.. Alhamdulillah... selalu tengok orang Selangor je meng'jem'kan Jalan Tuanku Abdul Rahman.  Tahun ni mari beramai-ramai orang Wilayah dan Selangor berjemaah shopping bersama-sama.. haha.. dalam membuat persiapan raya tu apa kata kita kongsi sikit rezeki kita untuk saudara kita di Gaza...semoga mendapat barakah dari amalan bersedekah kita untuk saudara kita yang jauh di sana... Amin....

Boleh sms juga tau

taip PALESTIN RM10/RM5 KE 39111

OK?

Selamat beramal sahabat semua..
ok dah.. jom kemas rumah..
orang lain boleh gi shopping sebab mamaD macam tak berapa nak sanggup shopping ramai-ramai dengan 4 jejaka ku itu.. haritu Danish tetiba hilang dari pandangan Papa dia.. nasib sangat baik.. ada orang hantar ke kaunter lost and found.. sangat syukur.. kering darah sekejap.. huhu.. berhati-hati ek semasa membeli-belah.. take care... dan jumpa lagi...
Tepek sikit gambar-gambar dari instagram ku... 
:)