Kawan-kawan... Tq friends..

Monday, March 26, 2012

Hadiah dari Quilt Group!

buat Aman Dzikry..

Budak botak yang sangat suka dengan quiltnya!
Aman kata terima kasih banyak-banyak!
Terima kasih kepada semua auntie-auntie yang baik hati buatkan quilt untuk Aman!
Mama Aman pun nak ucapkan terima kasih juga.. Terharu sangat-sangat!


Quilt yang sangat cun melecun!
Tunggu la Aman besar sikit.. mesti semua gambar nak dikajinya.. hehehe..

Ada roket nak bawa Aman ke bulan..
Ada Encik Teddy bear yang cute..
Ada Dinosaur kuning yang comel makan daun..
Ada rocking horse yang gembira..
Ada kapal nak bawa abang-abang belayar..
dan
Ada kapal terbang nak bawa mama dan papa round the world!

Kak Aida Harun ada cerita juga di sebalik quilt ini.
Quilt ni hasil kreatif 6 crafters yang sangat baik hati!
Kak Aida, Kak Maz, Fida, Cik Ct, Mami Zainah dan Sis Nor Azlina.
Kak Aida juga buat quilting, binding and posting.. hehe..
Terima kasih semua!
Boleh baca lagi kat Jarum Emas ek.


okey..
bukan senang nak ambil gambar Si kenit ni ek!
kuat mengamuk nih!
hahaha!
tapi nasib baik.. dapat juga!
hehe..


Terima kasih yang tidak terhingga!
Thank you again!
Semua Allah merahmati kalian semua..

Sunday, March 11, 2012

Blue Lacy Flower finished!!

Akhirnya..
siap juga..
setelah lebih satu tahun..
hehehe...
Antara projek UFO yang saya target nak siapkan semasa cuti 90 hari ini..

;)

cukuplah setakat 40 keping ini..
buat menghias si meja kopi..
:D

Kisah terdahulu si biru ini boleh jenguk di sini, sana dan situ..

;)


Oleh kerana ada benang lebih dari Si Blue Lacy Flower ini,
maka saya pun manfaatkanlah untuk projek lain.. hehe..

Cuba teka projek apakah ini??

---

Ini pula benang yang sempat dicekau masa berpantang kat kampung..
Harganya murah 20 sen dari harga kat sini..
Seperti biasa..warna biru mengaburi mataku.. ekekekeke
Warna bukan biru tu saya terbeli.. sebab mak pesan belikan benang pink dan kuning untuk projek terbaru.. maka kita pun beli la extra untuk diri sendiri.. hahaha.. tamak benang sungguh!!

Inilah projek terkini emak saya tu..
Granny squares..
Coklat, cream, kuning, pink..


Ini pula benang yang dibeli di Daiso (Mines dan The Curve)
Sebelum bersalin aritu dah terbeli.. ;)
Benang ni halus la.. Tak pasti nak guna hook saiz apa..
Projek pun belum ada untuk benang ni.. simpan dulu buat koleksi..
hehe... :)
oooooohhhh...sempat juga update blog sementara baby tidur.. hehehehe...

Sekian cerita benang kali ini..
Jumpa lagi di lain kesempatan..
:)

Saturday, March 10, 2012

from Siam with love 2...

sekali lagi..
hadiah dari sahabat..
yang menetap di Pattaya..


suka..suka..suka..

:)

thanks cik Ipah!
kalau dah menjadi nanti kita tayang ek!
buat masa sekarang, selamat masuk almari..

:)