Kawan-kawan... Tq friends..

Wednesday, September 29, 2010

Orange or pink??


Saya kata ini Oren.. En. Husband kata ini Pink..

awwww!!!

it's orange ok!!

tapi kenapa yang ni nampak macam pink???
how can??

-------

Oren la..

Betul..

Takkan sarung tilam & bantal Danish mama nak pilih Pink Color...

hehe..

nampak tak decorative stiches kat tepi sarung bantal tu?
saja mencuba-cuba mesin baru..

:D

Wassalam....


Friday, September 24, 2010

My Butter & Chocolate piece.. slurrrppppp

Salam & Hi..

Presenting my butter & chocolate piece..


hehe..

sorry..

it's not a cake, not any cookies or anything out from the oven..

Berasal daripada kuntuman-kuntuman bunga coklat saya dahulu...

Pattern : Summer Garden from freepattern.com

Kalo ikut pattern tu, kena guna 25 kuntum bunga je..
Tapi bila dah siap 25 kuntum tu, rasa macam kecik sangat.
Jadi saya tambah lagi menjadi 32 kuntum kesemuanya..

maka beginilah hasilnya..


Mula asal cerita, nak buat runner untuk coffee table saya ni..
tapi bila dah siap..
macam tak molek plak sang butter & chocolate ni berada di sini..
macam togel je kan.. hehe..

Last-last kat sini la tempatnya..
Kat side table.. tepi tangga.. hehe..

Ok tak?
Kalo tak ok.. dok dalam bilik je la.. hahaha...

Ini pulak cara nak cantum kuntuman-kuntuman bunga itu..
This is how I do it.. by following the instruction and agak2 macam paham dan selebihnya saya hantam sendiri.. asal menjadi & boleh bercantum.. haha..

:D

Happy Sewing.. Quilting.. Crocheting.. Crafting everybody...!

Monday, September 20, 2010

Selepas 1200km perjalanan..

Salam & Hai..

I'm back from long raya leave & long raya journey.. Selangor-Johor-Kelantan-Selangor..
1200 kilometres of journey.. mengelilingi sebahagian Semenanjung Malaysia.. hehe.. raya punya pasal..

Masa raya jugak saya dapat hantar sendiri hadiah ini.. untuk Baby Afif.. tapi mintak mahap.. tiada gambar Baby Afif kerana Mamadaniel bila jumpa Mama Afif, sembang-punya-sembang-punya-sembang sampai lupa ada camera yang diangkut ke hulu ke hilir tapi tak digunakan pun.. huhu... saya dah pesan kat Mama Afif, nanti amik gambar & upload.. saya mahu tayang di sini.. hehe..

Syok btol tgk "This is Awesome Quilt" terlipat sebegini rupa... kepuasan.. perghhhh..


siap juga akhirnya...


next!

:D

Tuesday, September 7, 2010

Salam Aidilfitri... Ampun maaf dipinta...


Salam semua.....

Selamat Hari Raya Aidilfitri..

Maaf Zahir dan Batin...


---------

Bling...bling...

Beading...

Projek untuk raya..

Yang ni untuk Raya pertama.. kat Johor..
beading hour = more than 10 hours ok!
sampai lenguh-lenguh pinggang dibuatnya...
memang mencabar..
tobat tak buat lagi... hehehe...


Yang ni untuk raya kat Kelantan..
beading hour = 3 jam or lebih.. tapi dalam masa 1-2 hari settle la
and it was inspired by many-many beaders
motor racing tu special request by anak saya,
sbb takkan dia nak jadik model baju kebaya kot.. hehehe..


Glamer la makcik raya nanti...
hehe..


Berhati-hati di jalan raya yer...

(",) Selamat Hari Raya.. Aidilfitri mulia...
Ampun maaf dipinta..mensuci hening dosa... (",)

Thursday, September 2, 2010

Amir Daniel is now 5!

Salam & Hi..

Selamat Hari Lahir yang ke-5 untuk buah hati pengarang jantung mama..



..Amir Daniel..

yang sentiasa volunteer nak jadi model untuk mama

Musashi sedang bergaya dengan kain otomen yang dibeli dengan Cik Dura,
tapi sampai sekarang masih terlipat rapi.. belum jahit-jahit lagi...

dan juga rak benang pertama yang berjaya dihasilkan..
Model yang sama yer..


Ikebana cross stitch setakat Ogos 2010..
Nampak tak bayang-bayang model saya di belakang kuntuman bunga itu?


Ini tempate applique saya setelah diwarnakan dengan kreatip oleh birthday boy ini..
nasib baik mama print lebih dan
nasib baik jugak mama tak gunakan warna abang itu untuk bear mama..

model saya sedang menayang projek terbaru a.k.a eid's project..

sama tapi tak serupa
berangan nak buat 3, tapi baru 2 yang jadiknyer..
mungkin akan kekal 2 sahaja..
hehe..
mana satu yang lebih menarik ek?

------
Tak sangka cepat betul masa berlalu..
Dulu..
inilah budaknya yang duduk bersila dalam perut
dan kena keluar ikut tingkap..
inilah orangnya yang keluar cuma 2.39kg
dek kerana nak keluar awal 3 minggu..
dan
inilah juga insan yang telah membawa gelaran mama kepada saya..

Mama and Papa love u so much.. (tak terucap dengan kata-kata)
dan kami sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Daniel,
di dunia dan di akhirat..

amin..