Kawan-kawan... Tq friends..

Showing posts with label Crochet. Show all posts
Showing posts with label Crochet. Show all posts

Sunday, October 18, 2020

Projek 2020: Lily Pad Granny Square Crochet Pillow Cover in Tiramisu Brown

 Assalamualaikum..

Salam sejahtera..

Semoga sihat semua..

Alhamdulillah.. akhirnya siap satu projek sempena cuti semester yang panjang.. hahaa.. 😁

Lily Pad Granny Square Crochet Pillow Cover in Tiramisu Brown



Sebenarnya tersentak juga jiwa ini bila sedar-sedar cuti dah nak habis tapi apakah pencapaian ku sepanjang cuti?! macam sikit sangat projek yang ku sentuh.. huhuhuhu....

Maka sempena PKPB 2.0, kita korek lah tong khazanah crochet kita dan jumpa beberapa squares yang dah lamaaaaaa siap tapi terbengkalai.. Siap tapi tak siap begitulah statusnya. hahaha!😆

Jadi dua 15 inch squares telah terpilih..

 

Square pertama adalah Coklat Tiramisu Granny Square ini  yang patternnya bernama Lily Pad Granny Square, pattern dari www.favecrafts.com

 


saya block crochet square ni guna kaedah steam blocking yang saya kaji di Youtube.. 👍


Square kedua 👆 ni adalah simple design je.. Granny square pattern all the way hahaa.. 

Both Granny Squares adalah menggunakan  Benang jenama Iceyarn Turkey. Suatu masa dahulu la kan kemain kemaruk membeli benang bercorak ni..Boleh baca Kisah benang saya di sini ya.. kat Malaysia masa tu takde Spotlight lagi.. hahaha...  so semua beli online.. (sekarang pun makin mega shopping online kan hahahaha)

Front and back side bantal ni saya cantum dengan cara saya single crochet je all 3 sides.. right sides together and crochetkan je.. pastu terbalikkan dia dan saya jahitkan zip pada side ke-4.. tiada fabric lining untuk bantal ni sebab cari tutorial semua macam tak berkenan di hati.. hahaha..




Alhamdulillah siap! It's DONE! tengok bantal ni teringin makan coklat la plak! haish!

Marilah kita simpan semua benang-benang ini sempena semester baru pun akan bermula esok!
Semester tiga mhrd.. wish me luck ya! lagi 10 bulan je to the finishing line! time flies really rocket fast guys 😅

Take care dan jumpa lagi!
Bye!

Wassalam,
zila @ mamadaniel

Friday, August 28, 2020

Kisah 2020: Semester terpanjang abad ini dan cuti semester panjang pun bermula... plus cerita pokok bunga telang (shout: yehaaaaaa!)

Assalamualaikum..

Salam bulan kemerdekaan.. Salam Merdeka ke-63 Malaysia! Tahun ni sungguh berbeza kan.. tiada sambutan seperti tahun-tahun yang lalu.. bertabahlah kita semua.. semoga wabak yang datang ni cepatlah Allah angkat pergi dari muka bumi ini.. amin.. #prayhard  Apapun, bersyukurlah sentiasa.. negara kita antara negara terbaik menangani wabak ni.. teruskan usaha #kitajagakita 💪

Bulan ni saya lega dah.. final exam semester 2 MHRD dah selesai.. ada satu paper je kena ambil exam.. yang lain lecturer ubah format, ada yang reflective paper dan assignments + presentations (which I score high ;)) Yang amik peksa tu memang kaput la mak... otak mak dah tak sama level macam orang-orang muda.. berkarat bebenor.. huhuhu.. walau pun begitu, saya tetap syukur yang amat sangat.. Semester ni penuh dugaan. Kena belajar online, exam pun online, presentation online.. hihihi.. menggigil kena jaga slide, pastu kena present lagi.. technical problem jangan kata lah.. hadap je lah.. Gi kelas pun 2-3 minggu pertama je, masa tu pun dah kecoh pasal Covid-19.. Tak lama tu terus PKP. Walau dah PKPP pun, kami masih kelas online. Langkah berhati-hati.. keselamatan semua perlu diutamakan. lamanya tak gi UPM.. haihhhh.. 

Kelas online ni, banyak cabarannya. Emosi turun naik. tak dapat keluar rumah, tak dapat jumpa kawan-kawan untuk bincang kerja kumpulan.. struggle... semester ni pula jadi panjang sebab ada cuti PKP dan kelas online pun tak sama kelas face-to-face, jadi ada yang kena dipanjangkan sedikit untuk habiskan syllabus. Longest semester ever!! Bila dah mula cuti ni, rasa sangat legaaaaa... i tell you! siapa kata sambung belajar ni senang amat! hahahaa.. ok.. tak susah sangat, tapi bagi saya tidaklah mudah juga.. ada pasang surutnya.. tapi tetap seronok la... hihihi.. #mixedfeeling

Cuti semester kali ni dapat panjang la sikit.. bulan Oktober nanti baru bukak semester baru.. pejam celik dah nak masuk sem 3 dah mak ni haaa.. cuti panjang ni macam-macam plan nak buat.. nak menjahit, nak cari balik cross stitch, nak siapkan runner, nak masak, nak tanam sayur, nak hiking, nak senam.. bahahahaha... plan je la tu.. setakat ni yang jadiknya cuma mengait mask extender je.. menyudahkan janji yang taknak kucapatikan.. hahaha.. ok share gambar sikit... hihihi..



Menanam sayur ada la sikit-sikit.. hikmah duduk di rumah lama.. hihi.. dapat la bercucuk tanam.. semua masih peringkat anak pokok.. hahaa.. lambat besar atau terbantut tumbesaran..saya pun tak berapa pasti.. maklumlah baru belajar menanam kan.. hihihi... tapi cakap betul la.. hati gembira tengok biji benih yang ditanam, tumbuh jadi anak pokok, lepas tu membesar.. banyak daun, keluar bunga.. oooo makkkk.. takleh cerita la perasaan tu.. hihi.. bak kata omputih Horticultural Therapy

Bila menanam ni kita dapat mengeluarkan hormon gembira kita.. Tak payah la kita tunggu orang bagi bunga kat kita, kita tanam pokok bunga.. hari-hari dapat bunga, hari-hari gembira..hihi.. walaupun bunga pokok bendi.. miahahahaha.. Sekarang paling gembira dengan pokok bunga telang biru ku... dah mula berbunga dah... yehaaaa... kawan bagi tips, kalau nak pokok kita sihat segar bugar, kita kena cakap i love you hari-hari kat pokok kita.. hihi.. ok, dah cuba buat, tapi bisik-bisik je la.. kot jiran dengar, malu alah plak nanti.. hahahahaha

Pokok bunga telang ni saya tanam dari biji benih.. benih tu beli di shopee.. 
benih siam mari.. satu ayat pun tak paham kat plastik dia.. hahaa... 

anak pokok dia halus je kan..

Gambar bawah ni dah sebulan lepas semai..

tak berapa pandai lagi menanam kan, satu pasu saya masukkan dua anak pokok.. pastu sekarang macam menyesal plak, nak gali balik takut terputus akar ke apa ke kan.. jadinya tawakal je la untuk sepasu telang ni... akar dia berbiji-biji tau.. masa ni sepohon tu tak jumpa tiang nak membelit lagi.. hihi


sehari lepas tu jenguk, dia dah jumpa dah tiang dia.. hehee...
bahagianya rasa.. tetiap hari belek dia nih.. hihi


Trellis hijau ni saya beli di Homepro IOI City Mall.. tak ingat harga.. tapi tak mahal mana la.. masa ni dah cuak tengok dia macam takde tempat nak belit kan.. Pastu kita beli plak trellis buluh kat shoppee.. oversea mari.. tunggu la 12 hari baru dia sampai.. ada jual buluh tu kat Mr DIY, tapinya size dia besar.. saya nak cari yang kecil je, tempat gantung tak berapa luas.. hihii..

Ini baby sulung kita.. hihihi

tapi tak sempat kembang, dah jatuh gugur ke bumi.. tak tau la angkara siapa.. takmo tuduh-tuduh la kan.. (tapi semalam nampak cik belalang elok parking tak atas pagar 😑) huhuhu


Ini pula gambar hari ini...
dah keluar dah bunga dia.. trellis buluh halus tu la beli di shopee.. 


22.6.2020 - 28.8.2020 - macam tak lama la sebenarnya nak tunggu dapat bunga ni..
jadi kalau nak mula tanam pokok bunga, saya cadangkan mulakan dengan cik telang ni.. hehee.. tengok gaya dia tahan lasak juga.. tinggal balik kampung pun dia survive.. pastu bunga biru plak tu.. memang kegemaranku lah kan.. makanya kembang sahaja hati ku memandangnya.. cheeeewahhhh! hahahaha... pakcik uols suruh tanam orkid pulok.. sebab orkid pun kebal, boleh tinggal lama.. ok, jom cari orkid biru 😍😍😍

Sekian karangan panjang kali ini.. Lama tak menulis ginilah jadinya.. hahaha

Kengkawan yang singgah sini sila tinggalkan jejak anda di ruang komen ya! 

Kalau nak tengok saya menceceh selalu, boleh jugak ke ig berkebun  saya https://www.instagram.com/acikmokberkebun/


dan

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-63
#malaysiaprihatin



Jumpa lagi!

Wassalam!

Tuesday, June 30, 2020

Projek 2020: PPE Mask Adaptor #inisemuakeranacodiv19

Assalamualaikum..

Posting kali ni in English ya gaisss... hahaa.. sebab saya buat write up dan poster untuk assignment subject Adult Education. Subject ni fun sebab the instructor is so creative! hihi.. so alang-alang dah buat poster, saya share la kan sini sebagai kenang-kenangan 😊😊 #sharingiscaring


This project started when a friend shared a photo of mask adaptor crocheted by DYMM SPB Raja Permaisuri Agong on Instagram (airtangan_tunkuazizah). My friend knows that I like to do craft work, so she suggested me to try this too. The mask adaptor crochet pattern used by DYMM SPB Raja Permaisuri Agong was also then shared by the kind crafter on her Instagram account after so many requests in her Instagram account (Instagram account: Tatarenda.my). 

Unfortunately, I don’t know how to read graphic crochet pattern that was shared. I only know how to read written pattern. So, I search for free pattern via the Internet and there was a variety of patterns. Few patterns really catch my attention. (Keyword for searching: mask adaptor crochet pattern, mask extender crochet pattern, free crochet pattern). 

After screening through the patterns found, I decided to try crocheting the mask adaptor using only two patterns, both have written patterns and YouTube videos. With few trials, I choose to stick to the pattern by Carol Passaro, which was shared by Sarah-Jayne Fragola on her blog Cella Coco Crochet at this link  https://bellacococrochet.com/ppe-mask-adaptor-pattern/. I made a few and post it on my Instagram Stories. Unexpectedly, there are more requests coming in from my fellow friends who would love to have this mask adaptor. Since I’m doing this just for fun and didn’t intend to sell it yet, some friends are paying me with banana cake, cookies, chocolates and ‘duit raya’ for my kids #bartertrade.

Here, I would like to share about the process of crocheting a PPE Mask Adaptor. Picture collages are snapshots from my amateur video recording (need to learn how to shoot videos afterward!). The materials needed are also in the pictures below.





These are the pictures of some of the mask adaptors I managed to crochet during the short semester break/ MCO break. Do try to make it yourself! You’ll be amazed with the results.

---
till next time gaisss!
take care!
❤️💙❤️💙❤️💙
zila @ mamadaniel

Tuesday, February 11, 2020

Projek 2020 : Mini Sajadah - Quilt and crochet combined

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. masih bertemu di sini.. 😃

Sempena cuti semester pertama ni, saya berjaya siapkan mini sajadah saya..
Simple je.. quilted.. dan kali ni nak berbeza sikit.. saya kaitkan tepinya.. buat crochet edging.. 
 Quilt patutnya ada binding, tapi untuk projek ini tiada binding. 😉 saya jahit je keliling dengan mesin.. harap bertahanlah lepas basuh nanti tak berambu ramba.. huhu.. Lepas tu saya hand stitch keliling dengan blanket stitch guna benang kait. Saya guna Lace Yarn Daiso #20 White Color.


Pattern lacy crochet edging ni saya dapat dari blog thegreendragonfly
Kejadian edging saya ni nampak tak segebu tuan punya pattern tau. Mungkin faktor benang. benang daiso ni keras sikit la.. dia tulis 100% cotton. mungkin sebab tu keras sikit. tapi saya suka.. dia jadi sturdy.. keras kejung sikit tapi tak kembang.. acaner nak explain tu.. hahaha 😀


Ada beli benang color pink gak.. berangan untuk next project la.. tapi nak cari pattern edging lain pulak .. yang lagi comel.. muahaahaaa.. #beranganituindah 

Yeay.. lepas basuh boleh guna!
percubaan pertama takleh bagi orang.. segan!
hihi..

Semester baharu dah pun bermula semalam.. tapi kelas belum mula lagi.. 
Langkah berjaga-jaga sempena coronavirus, maka kelas pun online sahaja.
Take care ya! semoga kita semua dalam lindungan Allah sentiasa. Dijauhkan dari wabak penyakit yang merbahaya dan semoga wabak ni cepat berakhir..Amin...

Till next project!
Jumpa lagi InsyaAllah 😊

Thursday, January 10, 2019

Salam Tahun Baharu 2019

Assalamualaikum..

Selamat Tahun Baharu 2019!

Harap belum terlambat.. hihihi..
Sebagai pembuka bicara 2019, kita share gambar projek kecil-kecilan kita ya..

Felt + Crochet 


Table runner kecik je ni.. saya beli felt dan benang ni kat Daiso.. Benang lace.. 
Untuk hias meja kecik saya.. 


Coaster size pun ada.. hihi..


Untuk yang pink ni saya buat jahitan base jarak 1/2 inch (with 3 single crochet every stitch), tapi untuk biru saya tukar jadi 1/4 inch (2 single crochet every stitch).. kalau perasan kelopak biru tu rapat-rapat sikit.. kelopak pink macam jarang-jarang.. dua-dua pun saya suka.. cuma banyak contoh saya tengok kelopak jarang-jarang.. tak tau camne nak dapatkan. mungkin kena kaji lagi.. hehee.. Projek ni terilham lepas tengok pinterest.. boleh tengok yang asal kat blog ni ek.. Bahasa tu saya minta google translatekan.. hihihi... base stitch tu saya jahit tangan guna blanket stitch dengan jarum besar. lebih kurang size jarum untuk cross stitch, saya beli kat Daiso gak..

😊😊😊😊

----

2018 - Alhamdulillah telah berlalu dengan penuh suka dan duka.. terlalu banyak rezeki yang Allah kurniakan kepada saya dan keluarga.. Syukur teramat sangat.. Ada yang saya kongsikan di instagram.. ada juga yang simpan rapi sebagai memori peribadi.. Banyak gambar aktiviti saya edit tapi simpan je.. huhu.. entah nape.. Alhamdulillah tahun 2018 dapat masuk 6 funrun, ada jarak 5km dan 6km.. seronok dapat medal.. haha.. kenapa saya join run ni... sebab saya rasa run adalah antara aktiviti yang akal saya sentiasa kata saya tak boleh buat.. tapi saya lawan dan saya nak buktikan pada diri sendiri, saya boleh sebenarnya.. mind over body.. Dulu jangan harap lah saya nak lari.. confirm kalau ada merentas desa ke apa ke saya memang kena tinggal belakang je la.. hahaa.. Alhamdulillah.. tahun 2019 saya dan geng run cuba nak masuk run every month.. semoga terlaksana lah walau cuma lari 5km je.. belum mampu upgrade ke 10 km.. kena perbaiki pace dulu insyaAllah..

ini 2018 best nine instagram saya..



Semoga 2019 kita menjadi hambaNya yang lebih baik.. amin..
Ikrar diet masih diteruskan insyaAllah.. untuk lebih sihat dan dipermudahkan segala urusan.. dalam sibuknya urusan harian, semoga ada jugaklah masa untuk kita jalankan aktiviti sihat dan selit juga dengan hobi kerastangan.. hihihi.. hero-hero pun semua dah sekolah.. seorang sekolah menengah, dua orang sekolah kebangsaan dan seorang di tadika.. umur pun nak masuk 4 series dah tahun ni.. haha.. semoga dipermudahkan segala urusan kita untuk tahun 2019 ini... InsyaAllah amin!

Jumpa lagi..
Take care!

zila@mamadaniel

Saturday, September 17, 2016

Projek 2016 : dari t-shirt kepada alas periuk

Assalamualaikum..
Inilah hasil cuti seminggu.. dari Hari Raya Aidiladha.. sehinggalah cuti Hari Malaysia. Anak-anak cuti sekolah.. jadi mak bapak cutilah jugak.. balik kampung pusing Semenanjung Malaysia lagi.. hehe.. ;)

Hasil siap dalam masa beberapa hari adalah t-shirt yarn rug ini.  Cinonit je.. buat alas periuk atok mak daniel kat kampung.. hehe..

sebuku t-shirt yarn dari sehelai t-shirt.. tak habis pun sebuku tu.. masa kait ni rasa lama-lama makin rapat plak round yang mula-mula tu.. apalah yang tak kena.. kena kaji balik kalau nak buat lagi kelak.. ;) Tutorial ada dalam bahasa Finnish.. hihihi... saya follow you tube punya version.. :)




Dalam perjalanan cuti-cuti ini juga saya mulakan projek ini..



Namanya Circle In Square Pillow..
Setakat ni baru ada beberapa inci.. harapan tinggi menggunung nak jadikan 14 atau 16 inci.. cantiknya kalau siap ni.. hahaha...harapan.. hahaha...

guna benang alize turkey mari.. lama peram benang ni.. dok ngemas2 terjumpa dah terbarai abis.. hahaha..nanges masa nak meleraikan benang berburas.. tapi bila berjaya gulung elok2 balik.. memang kepuasan.. hahaha.. nak puas tu berjam2 jugak la.. hahaa..

Oklah.. sekian cerita aktiviti cuti.. selain makan daging goreng, sup, rendang untuk beberapa hari berturut-turut tanpa rasa bersalah pada lelemak di badan.. hahaha.. kenalah pulun balik diet eatclean dan senam tabata zumba semua pasni. Nak turun sekilo punyalah seksa nyawa.. nak naik 2 ke 3 kilo ke alahai.. kelip-kelip mata je dah.. amikkaw.. hahaha..  jadi.. jom.. betulkan niat.. kalau dah betul.. teruskan usaha.. doa kuat-kuat.. jom! ;) untuk mencari semangat diet ini kembali..maka saya beranikan diri share lunch meal saya masa tengah gigih diet dulu.. dari februari hingga julai 2016.. saya tak pernah share makanan saya sebab saya malu.. hahaha.. sebab saya tak pandai masak.. :p semoga dapat kembali ke pangkal jalan.. hahahaa

Bye!
Jumpa lagi..
Take care!
:)

Thursday, June 30, 2016

Projek 2016 : Purple Granny squares

Assalamualaikum..
Projek crochet pula..
Perlahan2 mengait granny squares yang besar.. besar tak besar cukuplah untuk buat throw pillow 4 segi sama tu.. mungkin dalam 14 inci..


Purple Granny Square.
Guna benang ice yarn turkey tu..
Start kait masa dalam kereta. Balik kelantan cuti tahun baru cina Feb 2016. Sampai sekarang masih sekeping granny square. Masih belum jadi bantal lagi. Beberapa tahun lepas saya ada kait 1 GS purple gak.. belum jadi apa.. ingat nak kahwinkan dengan purple ni la.. insyaAllah..  hehe..



Awal bulan Jun sempat kait 1 jar cover..
Cepat-cepat kait untuk hadiah farewell. .
Office mate aka bandung roommate saya dapat bertukar ke tempat lain..
9 tahun dia di tempat yang sama.. saya rasa seronok sangat bila dia dapat peluang ini..Dapat cari pengalaman di tempat baru.. menambah ilmu.. mencurah bakti.. 



Sudah penghujung Jun 2016.
Sudah habis setengah tahun.
Sudah nak sampai penghujung Ramadhan.

Ramadhan kali ini dugaannya berbeza..
2 anak saya kena chicken pox.
Aman masa hari pertama puasa..
Aman baik je.. daniel plak kena.. betul-betul pada malam nuzul quran.. terus dapat mc sampai cuti sekolah sempena raya..
Dzarif pulak kena demam campak (measles)

Aman alhamdulillah.. walaupun chicken pox dia saya boleh kata senang juga dijaga. Cuma geli dengan ubat daun semambu tu.. saya kena tapis betul2 takde serpih daun pun baru sapu kat badan dia.. lepas habis chicken pox Aman kena demam pulak.. dekat 5 ke 6 hari on off dengan batuk.. risau takut measles.. sebab dzarif lepas baik chicken pox sebulan dia measles pulak. Pun dalam ramadhan juga.. ulang alik ke klinik saja.. kami panggil klinik tu bank.. gi sana melabur.. hahahaa..

Daniel setakat ni paling teruk c.pox dia. Siap ada kat tapak kaki. Kesian tengok dia susah nak berjalan. Tapi syukur.. kat muka badan semua cepat keluar cepat hilang. Cuma kat tapak kaki.. sehingga saat saya menulis ni.. belum hilang2 lagi.. tapi dah beransur kering la. Alhamdulillah..

Tinggal Danish belum kena chicken pox.. huhu.. harap2 tak kena masa raya.. amin ya rabbal alamin... :) 


Sunday, June 26, 2016

Projek 2016 : pincushions....

Assalamualaikum..
Pejam celik pejam celik dah penghujung Jun 2016...
Pejam celik pejam celik dah 10 hari terakhir Ramadhan..
Sekejap je masa..
Projek jahit takde yang siap untuk ditayang di sini..
Cuma projek cinonit ni je..
Kakak saya minta buatkan pincushion.  Hadiah farewell untuk kawan dia..
Jadi saya buat 3 untuk kakak saya pilih... dua tuna can pincushion dan satu crocheted pincushion. 




Last2 dia pilih yang pink tu.. pastu dia suruh tambah cotton lace keliling. Nasib ada lace extra jahit sejadah mini dulu.. hehe.. lagi 1 pincushions tu makcik hold dulu.. macam nak bagi orang. Yang crochet tu guna sendiri.. sebab shape dia tak berapa cantik. Macam rupa kek tak jadi je.. hahahaa.. tutorial dia ada.. nanti daku cari balik ek. Rasanya african flower pincushions. Hehe..

Jumpa lagi..
Jom teruskan usaha beramal bersungguh-sungguh di penghujung Ramadhan ini.. semoga amalan kita diterima olehNya.. amin..
♡♥♡♥

Thursday, March 31, 2016

Projek 2016: Crocheted Jar Cover Pelangi..


Assalamualaikum..

Rindunya kat blog ni..
Rindu juga nak singgah blog kawan-kawan..
Busy mendiet.. hehe.. busy tengok cerita korea juga.. haha.. lepas tengok citer korea yang hot sekarang (Descendants of The Sun) kena senam pulak.. hehehe.. makanya projek menjahit mengait sedikit terabai.. hehee..

Dalam sibuk entah hapa-hapa tu.. sempat lah menganyam dalam kereta pergi balik kerja.. crochet jar cover.. recycle botol dengan bagi sarung warna warni.. buat hadiah untuk seorang teman sekerja yang bertukar ke tempat yang lebih baik.. :) insyaAllah.. amin..


Boleh dijadikan sebagai pen holder..
Semoga dapat jadi penyeri office baru nanti..


Guna benang ice turkey.. lama simpan benang ni.. nasib baik mak tak buat jualan lelong2.. ada gak guna dia ni.. aritu ingat dah malas dah nak mengait ni.. hehe.. time mood ke laut tu kan..

farewell from all the gang..


All the best in your new journey sahabat.. selamat berkhidmat demi agama, bangsa dan negara tidak kira di mana berada. 
Semoga kita akan berjumpa lagi..
:)

Wednesday, February 3, 2016

Projek 2016 : Crocodlile Stitch Pouch (Siapkan projek 2012)

Assalamualaikum..
Sudah masuk bulan kedua tahun 2016 dah kita..
Seperti biasa.. azam saya tahun ini adalah sama seperti tahun-tahun terdahulu iaitu saya sesungguhnya berazam untuk menyiapkan projek-projek yang lama tertangguh tak siap-siap bertahun-tahun lamanya.. hihihi...
kali ini saya dapat siapkan projek yang saya mulakan pada pertengahan tahun 2012. pastu tertangguh pada penghujung 2012.. entah nape masa tu takde mood langsung nak siapkan. satu hal sebab cari tutorial menjahit zip dan lining yang best tapi tak jumpa-jumpa.. pastu try jahit sendiri macam pandai tapi tak menjadi pastu terus tolak tepi.. mood memang ke laut.. maybe masa tu pregnantkan si Dzarif.. hihihi... sekarang Dzarif nak masuk 3 tahun.. makanya projek ini ambil masa untuk siap selama lebih kurang 3 tahun setengah.. muahahaha...
Alhamdulillah..
siap akhirnya

Crocodile Stitch Pouch
with zipper and lining
ngeeee

Zip siap jahit kira-kira empat bulan yang lalu.. jahit tangan je.. running stitch.. selit kat benang crochet tu.. tak nampak pun jahitan..
;)
 
Saya guna tutorial carriewolf.net untuk jahit zip dan lining pada crochet piece saya tu. cuma cara dia jahit lining macam complicated sikit ikut bentuk crochet bag dia.. saya jahit lurus je.. sekeping kain ikut panjang dan lebar pouch tu.. pastu lipat 2.. jahit kiri kanan.. haha.. bertahun memikir macam mana kaedahnya.. miahahaha...

Saya pin banyak-banyak keliling lining.. kain lining right side facing up. Pinkan kain lining tu ke bawah sikit dari zip. Kalau nak selamat jarakkan jauh sikit lagi dari zip tu supaya nanti tak terzip kain lining masa nak buka tutup zip. Cotton kain yang lembut lembik kan.. kalau guna felt mungkin selamat sikit.. ;)

Masa jahit lining ke pouch tu saya lipat bahagian atas dalam setengah inci ke dalam dan kemudian jahit dengan blind stitch.. hand stitch.. tak yakin nak jahit dengan mesin.. ;) kang tak jadi kena tetas balik kang tersadai lagi setahun.. hehehe...

Alhamdulillah..
Siap satu..
:)

Jom siapkan WIP seterusnya.. hihi..
Jumpa lagi!
Take care..
♡♡♡♡♡♡

Tuesday, December 22, 2015

Projek 2015 : Apple and crochet?

Assalamualaikum...
Projek kecil-kecilan 2015.. hihi..


Fabrik apple..

Yang terselit tersorok sekian lama..
Cari-cari kain terjumpa dia ni.. kecik ni.. size fat quarter je.. terselit antara kain-kain yang bersaiz lebih besar..huhu..
Nak buat alas kecik je.. nak mencuba crochet pada fabrik.. size siapnya cuma 9 inci.. :) depan belakang fabrik apple.. :)

Saya rasa part paling susah payah saya buat ialah menjahit jahitan asas pada kain guna benang kait.. hehe.. saya guna blanket stitch dengan benang yang saya beli kat daiso suatu ketika dahulu.. jahit guna jarum cross stitch pulak tu.. pastu tak pandai bajet panjang benang.. kena sambung separuh jalan.. huhu.. dah berbendul-bendul kat tempat sambungan tu.. ada banyak cara sebenarnya nak buat base stitch ni..  boleh kait terus.. boleh tebuk dahulu..

Bila dah siap tu.. crochetnya mudah sahaja.. shell pattern kan ni.. sekejap je siap.. tak sampai sehari pun..


Saya jadi excited nak try lepas tengok sarung bantal bercrochet kat internet.. terus saya jahit sarung bantal.. dapatlah 6 helai.. tapi sarung bantal tinggal sarung bantal.. pastu malas nak crochet.. hahaha.. teruk benor perangai.. :p nasib siap sarung bantal.. boleh gak buat ganti yang dah kusam-kusam.. hehe...;)

Tahun ni semua projek kecik.. kikiki... projek WIP last2 years memang belum siap.. sambung azam tersebut pada tahun hadapan.. haha.. harap kain tu semua belum mereput.. :p
Take care semua!
Jumpa lagi..
♡♥♡♥♡♥

Reference: yougogirl.typepad.com
Nanti saya link ek... guna hp macam tak gheti.. hehehe.. ;)