Kawan-kawan... Tq friends..

Thursday, April 16, 2015

Ho ho ho #2 : I love blue

Assalamualaikum...

Sedikit update tentang projek rumah kita..

Projek ho ho ho namanya... projek pening..
pagi petang siang malam pening memikirkannya.. hihi..

Sudah 3 bulan lebih hidup dalam kesepahan..
Rumah huru-hara..
Belum siap sepenuhnya..

Bilik ini sudah hampir siap.. Bilik biru.. Walaupun bukan biru yang biru.. tapi warna ni masih dalam kategori biru.. biru laut.. ;P



Bilik ini asalnya adalah bilik jahit saya..
Bilik jahit mamadaniel telah terkorban akhirnya.. hahaha..
sekarang mesin jahit ada la terselit-selit di penjuru rumah kita tu.. hahaha... ;)

Bilik ini bakal menjadi bilik anak-anak.. cadangannya begitulah..
ada modal nanti nak cari 3 buah katil bujang.. susun macam dorm.. hahaha....
Asalnya bilik ni sampai pintu coklat tu je.. pastu kami tambah sikit ke belakang.. jadilah memanjang macam dorm asrama..



Cat bilik ni saya beli masa pergi Creative Home Expo 2015 kat IDCC Shah Alam.. gigih saya dan cik abe ke sana bulan Mac lepas.. bawak semua 4 hero saya.. kata nak beli barang sebelum GST.. hihihi..

Saya beli cat Nippon CC Aircare.. masa kat ekspo tu seronok sebab ada macam designer la bagi advice kalau kita nak warna ni.. warna apa elok untuk dipadankan.. memandangkan ini bilik kanak-kanak, saya balun la 3 warna.. warna yang senada la.. ikut hati nak je campur warna bukan-bukan.. haha... tapi takut nampak macam tadika la plak kan.. kikiki..

Cat yang biru pekat sikit tu nama dia Persian Blue..
Cat yang biru cair tu nama dia Blue Scarf..
Cat yang kat dinding ada tingkat tu warna kelabu.. nama dia Dinosaur Gray.

Bila buka lampu.. bilik ni akan berwarna biru muda.. hehe.. seronok
Dzarif pun seronok masuk bilik abang-abang..dengan bottomless dia tu... kikiki... ;)


Barang-barang belum masuk lagi..
Sebab belum siap wiring..
Lama betul proses buat rumah ni..
Idea deco-deco pun belum ada sangat la..
Ada la idea skodeng kat fb dan majalah...

source:google




PapaD berkenan double decker..
tapi saya tak berapa suka sangat..
sebab saya pernah pergi rumah orang..
katil belah atas tak guna pun..
buat tempat letak tilam bantal..



Buat masa terdekat..guna je katil yang ada..
haha..
kalau cantik nanti makcik tunjuk ek..


Kalau sesiapa ada idea boleh share dengan kita ek,..
mekaceh..


Jumpa lagi..Take care!
♥♥♥♥♥♥





Thursday, April 2, 2015

Projek 2015 : Hexagon pincushions

Assalamualaikum..
Projek comel sahaja untuk dikongsi kali ini.. jahit hexagon dalam kereta.. cantum-cantum dan isi stuffing pun buat dalam kereta.. ;) alhamdulillah.. berjaya siapkan 2 kuntuman hexagon ini.. ;) (lompat bintang)

Layan gambar ek... :)





Seronok ada projek dah siap..
Walaupun cuma projek kecil-kecilan..

Kalau nak cuba boleh follow tutorial dari victorianaquiltdesigns

Senang saja..step by step dia ajar.. cuba tau!

Hingga jumpa lagi..
Take ek!
♡♥♡♥♡♥


;)