Kawan-kawan... Tq friends..

Saturday, March 28, 2020

Projek 2020: Projek Pokok

Assalamualaikum..

Salam #stayathome
Salam #siladudukrumah

Sempena duduk rumah ni, mari rajinkan diri membelai tumbuh-tumbuhan..
hehe.. minat tanam pokok dah lama.. cuma asyik tak panjang umur je pokok yang saya ada.. haha..tak pandai jaga.. mak abah ku memang paham sangat la perangai ku.. maka dikirimnya dua pasu pokok senang jaga.. satu pokok Chrysalidocarpus atau Palm kuning dan satu pasu lagi si sansevieria jenis mother-in-law tongue (lidah mertua) [nama seram kan.. hahaha] 

maka dengan bermulanya dua pasu pokok itu, maka bertambahlah pasu-pasu yang lain.. dan semakin terjatuh cinta pula dengan si sansevieria ni.. nama melayu pokok ni lidah jin.. huhu.. pun seram juga namanya kan... hahaa


ini moonshine sensevieria.. paling saya sayang.. haha.. 
harga pun mahal sikit.. size kecil dalam RM17-RM18
peneman buat assignment..
air purifier tau.. pokok ni kuarkan banyak oksigen..

sesekali kita jemurkan juga dia.. dapatlah matahari sikit.. heeeeheee



 sansevieria tiga beradik yang sempat saya cekau betul-betul beberapa hari sebelum RMO bermula. Saya beli ni di nurseri bukit mahkota cheras. Nama nurseri tu Artech HOME DECOR - Garden Nursery and Garden Deco, sebelah Petronas Batu 10 Cheras. Best nurseri ni.. owner dia pun peramah.. haha.. mujur tak ku bawak balik semua sanseveiria yang ada.. hahaa..

sansevieria MIL tongue dalam pasu biru tu lah kiriman mak abah dari kampung.. hehe.. pemula kisah #sansevieria saya.. pokok asal yang maka abah tanamkan tu dah besar gila.. dapat pindahkan ke 4 biji pasu.. hihihi.. seronok tengok dia beranak-pinak.. Alhamdulillah, akhirnya ada juga pokok yang serasi di tanganku.. hahahaha

Sebenarnya pokok ni senang nak jaga.. Kalau letak indoor, siram seminggu sekali je. Kalau jemur matahari, boleh la siram kerap kalau tak hujan.. kalau hujan takyah la siram lagi.. akarnya tak tahan berendam air.. nanti busuk.. ini pesanan tokey nursery.. hehee..

Sekian cerita pokok.
Take care ya everyone.. Dalam tempoh restricted movement order ni, saya mohon kita semua patuhlah pada arahan pihak berkuasa. demi kebaikan kita juga.. duduklah di rumah.. nikmati setiap saat bersama keluarga.. berdoalah kepada Allah semoga wabak ini segera berakhir.. semoga negara kita kembali seperti sedia kala.. amin.. #prayhard

Wassalam..
sehingga ke temu lagi..
-mamadaniel-