Kawan-kawan... Tq friends..

Showing posts with label Applique. Show all posts
Showing posts with label Applique. Show all posts

Monday, January 13, 2014

Cerita 2013 : Big Bad Wolf

Assalamualaikum..

Walaupun cerita agak ketinggalan zaman.. tapi nak cerita jugak kisah makcik ke Big Bad Wolf.. secara solo.. pada jam 8 pagi.. 15 Disember 2013... ;)

Pukul 8.15 pun dah ramai orang okey...

Tangkapan saya tak banyak..

beli majalah Good Homes ni..
majalah ni biasa-biasa saja pada saya..
tapi suka cover page warna biru turqoise dan merah tu..
sebab tu tangkap bawak balik..
hehe..

pastu beli buku Dream Kitchens ni..
seronok tengok dapur-dapur mat salleh yang cun melecun ni..
nak dapat memang lambat lagi la..
tunggu tabung ayam penuh..
hahahaha


beli juga buku The Colourful Home..
suka buku ni.. memang colourful..
tapi saya snap yang biru je la kan...
ekekeke...
;)
bila la nak dapat merasa langsir biru cenggitu..
susah nak cari tau..
balik2 kuning merah hijau purple je kat kedai tu... huhuhu

dan inilah satu-satunya buku menjahit yang saya dapat..
Applique At Play..
Punya la mengembara satu hall tu, tapi hampa..
Mungkin ada hikmah di sebaliknya kan..
Tidak la saya membazir yang bukan-bukan..
hahaha.. buku BBW tahun dulu pun tak khatam lagi kak!!!

Ada juga beli buku-buku untuk anak-anak..
murah-murah saja...
;)

Ada juga beli 2 buah buku masak-masak
Tapi tak baca pun tak lagi..
hehe.. nampak sangat malas masak kennnnn!

Amalan membaca memang amalan mulia..
Jom kita bersama menjadi bangsa pencinta buku dan ilmu..
Cheeewah!
Actually baca blog pun baguih jugak tau.. asalkan membaca.. ;)
Ekekekekeke...

Oklah!
Take care..
Jumpa lagi..
Selamat membaca
:)

Thursday, April 4, 2013

Quilt for Adlina

Quilt yang baru disiapkan.. dan sudah selamat sampai di tangan Adlina..nun di Batu Pahat..


Malu sebenarnya nak cerita pasal quilt ni.. Ibu Adlina request quilt untuk Adlina ni pada April 2011, sebelum saya mengandungkan si Aman lagi.. Lepas tu saya mabuk..pening-pening lalat.. lepas tu saya sarat..tak larat pegang mesin.. lepas tu saya nak bersalin..dan bila dah bersalin lagi la macam-macam hal.. dan Ibu Adlina sabar menunggu hinggalah sekarang.. Hujung Mac 2013 baru Adlina terima quilt ni.. Nak masuk 2 tahun.. huhuhu.. projek jangka masa panjang sungguh! Saya naik malu dengan ibu Adlina.. tapi ibu Adlina amat memahami keadaan saya.. Dia kata dia tak kisah dan akan tunggu.. huhuhu.. Terima kasih Kak! Halalkan segala kekurangan ek.. :)


Quilt for Adlina
Pink, green and cream color theme..
Applique Adlina's name di bahagian atas quilt.. 
Ibu Adlina kata masa Adlina guna quilt ni nama Adlina akan berada dekat dengan hatinya..
hmmm... awesome!!! :)
Single Size (approximately 64 X 80 inci)..
White flowers applique..
Machine quilted.. FMQ around the white flowers..
Menggunakan cotton batting.. dan
Binding with fabric from Japan.. ribbon design..suka betul fabric untuk binding tu..

Saya jahitkan sehelai sarung bantal untuk Adlina.. simple-simple aje.. 
tapi takde gambar.. sebab sempoi sangat! hihihi..
dan pink rug yang saya ceritakan sebelum ini..adalah hadiah untuk Ibu Adlina.. 
seseorang yang sangat sabar menunggu.. ;)

Harap Adlina suka quilt ni..
Semoga Adlina membesar anak yang solehah..
menjadi kebanggaan ayah dan ibu dunia dan akhirat..

:)
Jumpa lagi!
Take care!

Wednesday, July 11, 2012

Bantal ini Aman yang punya... :)

Jahit dah lama..
Weekend lepas baru dapat siapkan..
Itu pun menjahit di waktu subuh yang hening
semasa semua orang masih enak diulit mimpi..
;)


Umur Aman dah nak masuk 6 bulan baru dapat bantal..
 Guna kain ikea, gabung dengan fabric dot dot kecil warna biru muda bersama applique kecil-kecilan.. Semoga Aman suka la tidur dengan bantal ni..
hehe..


Susah nak ambik gambar Aman..
So, gambar abang-abang Aman pun ok la kan..
Abang Daniel boleh lah diharap pegang dan posing..
Abang Danish tu.. pepaham je la.. 
Dia akan buat apa yang kita tak suruh dia buat
ekekeke..

Inilah dia..
 Si budak kenit..
dah nak masuk 6 bulan minggu depan..
baru pandai meniarap..
memang lambat..
sebab..
dia pandai makan kaki je..
sampai basah-basah stokin dikerjakannya..
hehehehe
Jumpa lagi!

Friday, June 1, 2012

Van Belon

2 buah van belon yang cinonit.. 


Saya contribute 2 blocks ini untuk 2 baby quilts yang berasingan..
Cinonit sangat kan...
Applique orang lain semua besar-besar dan gorgeous-gorgeous!
hehehe..
Yang cantumkkan semua blok menjadi quilt dan proses seterusnya adalah Fida dan Kak Aida..

Story yang lebih detail boleh tengok kat Jarum Emas ek..
:)


Inilah dia hadiah daripada Quilt Group

untuk baby Haneef Suhayl


dan untuk baby Arman

Ketiga-tiga baby boy yang dapat hadiah quilt daripada Quilt group..

gambar dipinjam daripada Kak Aida.. :D

Nanti jumpa boleh main bola sama-sama ek..
hehehe..

Thursday, January 12, 2012

Hadiah buat Mualimah...

Bantal untuk Mualimah Amir Daniel..
Mualimah yang mengajar di Pasti Sutera..
Ada 5 orang mualimah..


Design yang sama.. dengan fabrik yang berbeza..


Size sarung bantal ni 16 x 16 inci.. envelope style..
Machine quilted.. with flower applique..

Dihadiahkan sebelum Daniel tamat belajar di Pasti Sutera..

Terima kasih Mualimah semua..

kerana mendidik Amir Daniel..

hanya Allah yang mampu membalasnya.. :)

dan

Sajak inilah yang Daniel persembahkan semasa Hari Anugerah Pasti..

Guru Oh Guru


BERBURU ke padang datar
Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979


Syukran jazilan..!

Wednesday, May 18, 2011

Quintuplets

Kembar Lima..
yang seiras tapi tidak serupa!


Sarung bantal dengan size 17 inci x 17 inci
Permintaan dari Kota Bharu
Colorful applique for the names
Quilted ala-ala fluffy bun
Binding dengan Lime Kona Cotton

Sarung bantal dengan zipper..
Mak saya confirm bangga tengok saya jahit zip nih... hehe.. sebab ini ikut ajaran mak.. :)



dan zipper ini pula special untuk orang KB itu..
sebagai cenderahati.. ikhlas dari hati..
hehehe

Projek ni siap dan selamat dihantar sebelum cuti cuti Langkawi aritu..
Hope they love it!
Jangan serik ek!

Sunday, May 15, 2011

A Vase Of Flower Project is D.O.N.E

What a relief!!
Saya dapat siapkan juga Projek Sejambak Bunga ini..
Sew Along Project organised by MyBotanG
Thanks Cik Sue for such an effort! Walaupun saya ni selalu ketinggalan kapal terbang, tapi kerana minat dan kesungguhan serta semangat dari Cik Sue dan kawan-kawan bloggers/crafters yang lain, maka dapat juga saya menyudahkan projek ini... (eceh.. macam ucapan menang anugerah plak! hehehe)

Sejambak Bunga selepas siap ditampal pada background fabric..
(sebelum dijahanamkan oleh applique stitch saya! muahahaha)
suci dan murni je kan....

dan...
kemudian...

Sejambak Bunga selepas siap saya stitch..dengan benang hitam..
okey ke?
okey la tu.. saya first time jahit raw edge macam ni..
especially part bunga daisy saya tu..hehe.. amacam? menjadi tak?
muahahaha



dan sekarang..
Sejambak Bunga ini selamat dibingkaikan..
sebab macam tak terasa nak quilt.. (alasan!!!)
hahahahaha...

p/s: Siapa perasan saya punya applique ni semua terbalik.. haha.. sebab saya trace kat gambar, bukan kat pattern yang telah disediakan.. haha.. padan muka saya.. dah la lambat start, pastu over excited nak buat sampai tak perasan pattern ada, print sesaja je.. muahahahaha.. apa pun saya rasa puas hati gak sebab it turns out to be fine eventhough terbalik! hahahaha.. hahahahha.. hahahaha... (gelak guling-guling) hahahahha (sambil tepuk dahi lagi!) adoi!

Tuesday, April 12, 2011

Jom join together2! A Give away & A Sew along

A Give away!

by Roshey's Craftworld..
sempena birthday tuan punya tanah..
jom join ramai-ramai..


gambar ni bukan saja-saja ditayang tau
kita kena teka yang mana satu Kak Rosh
adeh.. walaupun saya suka main teka teki..
tapi teka teki ni payah sikit la..
try je la ek..
cubaan pertama mengatakan Kak Rosh adalah gadis comel
yang pakai kemeja dan skirt, dua dari kiri..
maknanya duduk dua dari kanan cikgu yang pakai baju merah itu... :D
btol kah? kalau salah, rasanya boleh cuba lagi sekali tak ek?



and

A Sew Along!!!
by MyBotanG

Kali ni Cik Sue ajak kita buat Applique' Project pula..
Saya suka applique.. jadi.. sudah semestinya saya join sew along kali ni!
Sekarang dah start stage 1.. jom pilih kain... :D



Jom join ramai-ramai...!
Lagi ramai lagi meriah... weeeeee!
:D

Tuesday, April 5, 2011

sport car...

terbang di angkasa....


eh..eh..
scooter pun ada...

hhmmmmmm

Adakah saya sedang bermimpi?

;)

Saturday, March 26, 2011

'Little Garden' for Baby Syaza

"Syaza Nuha Fareesya"
lahir pada 11 Mac 2011, jam 4.12 pagi

Machine applique starts with the blue yang bulat ;)
Hand quilt around the flowers and the alphabets
Saya quilt ala-ala fluffy bun on the cream background,
suka tengok gebu-gebu camni.. hehe
Saya juga guna decorative stitch untuk quilt around the quilt dan
sebahagiannya saya quilt on the ditch


sempat serah kat Ibu Syaza beberapa hari sebelum
dia serah diri kat Hospital.. :D
Syukur dia suka quilt ni.. :D

---
The Photo Session

ini gambar anak saya semasa dia nak berposing


dan gambar ini pula semasa dia separa rela berposing
saya minta dia pegang tapi mata dok jeling ke tv jer, aish...
last-last dedeq yang volunteerkan diri..
hehe...

Enjoy your weekend!
mmmuaaahh!

Thursday, February 17, 2011

Dah la biru.. bulat pulak tu..

hehe

bunga bulat berwarna biru
applique saya yang terbaru
rama-rama juga ada di situ
bersama dengan si merah jambu


appliqueing a stem for the first time

dah la first time, terus nak buat 3 batang
huhu.. berlagak tak?
sudahnya yang tengah menjadi senget
terpaksalah saya tetas semula

baru lah saya tahu
menetas benang untuk stitch ini adalah amat menyeksakan
sebab benang dia banyak layer..
apa yang dapat dipelajari oleh saya kali ini ialah
stabilizer amat penting di sini..
walaupun hanya untuk applique batang yang tegak..
kalau tidak, beginilah jadinya


pattern bunga ni amik dari majalah ni
geram tau tengok quilt dia nih
saya amik bunga yang paling kecik sekali
keh keh keh
okey.. the stem is straight already! yesssssza!

Friday, February 4, 2011

Selamat Hari Lahir Abah....


yang ke 72 tahun..

We love you so much Abah....!
Semoga abah dan emak dikurniakan Allah kesihatan,
dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.. amin..

okey.. saya perasan..
saya memang lebih besar dari abah saya
sebab saya suka makan roti..
dan cukup vitamin segala...haha..

---
ini pulak applique heart in heart
machine applique
with button hole stitch
using fusible web

the pattern is from a Quilting magazine..
cantik tak?
polka dot pink back ground fabric is purchased at LilArwen.
:D

Selamat bercuti!