Kawan-kawan... Tq friends..

Showing posts with label Patchwork. Show all posts
Showing posts with label Patchwork. Show all posts

Sunday, April 30, 2017

Projek 2017 : Slab Quilt in progress

Assalamualaikum..

Sekarang tengah syok mencantum scraps pula..  Syok sangat sampai projek lain hanya berlegar-legar di dalam kepala sahaja..  Hahaa..

Sebenarnya projek slab quilt saya nilama dah saya mulakan..  Cuma sekarang ni makin ligat pula buat..  Setakat malam ini dah ada 30 blocks kot...  Heheeeee...

Setiap blok saya ni saiznya cuma 6 1/2 inci sahaja..  Cinonit je.. Nak buat quilt single mungkin amik masa empat tahun lagi... Miahahaaaa....

Jom layan gambar...







Hehe..  Sesekali akan update lagi tentang slab quilt ni.. Inspired by many quilters out there..  So i want to make one too.. 

Dalam bulan april 2017 juga dapat turut serta dalam program larian anjuran kelab office..  3km funrun..  Saja seronok-seronok sambil mengeratkan ukhwah..  Saya ni pun sebenarnya bukanlah seorang pelari.. Mak kan kaki zumba jimba..  Haha..  Tapi dalam tercungap-cungap berlari tu..  Dalam dok teringat lambat dah ni..  Rupanya saya adalah peserta wanita pertama yang sampai..  Keseluruhan jadi orang kelapan terawal sampai..  Hihi... Mak memang tak sangka nak..  Bangga coach mak.. Hahaa..  Tapi xyah la poyo sangat..  Sebab semua yg terror lari kena bertugas. Jadi ajk jaga check point jaga medal bagai..  Hahaa..tapi dalam hati memang tak sangka sangat..  Dari zaman sekolah dulu memang benci la hai semua acara merentas desa ke larian larian semua ni..  Memang last je la sampai..  Hahaa..  Dah umur dekat 40 baru nak berlari..  Hahaa.. Lutut pun dah longgar..  Haha.   Sebelum panjang ngarut..  Makcik berhentilah dulu ek..  Gambar compile je sebagai kenangan di sini...  Heee... Hingga jumpa lagi..  Wassalam... 




Tuesday, March 1, 2016

Projek 2016 : All In Row - Quilted Mug Rug

Assalamualaikum..
 
Sebuah lagi projek kecil-kecilan..
copy paste seratus peratus tutorial Samelia's Mum
tuan punya tutorial buat placemat
saya buat mug rug je..
comel lote..
hihihi
 
 
purple hijau
guna saki baki charm pack yang ada
nak buat projek kecik je
yang cepat siap
last-last lama gak peram
sebab susah nak decide binding
macam biasa la kan..
hahahaha
 
akhirnya hijau muda ni yang terpilih..
ok kan?
berbaloi tunggu lama nak siap kan..
hahaha
 
ini masa in progress..
 
close up sikit..
 
 
Yeay!
Siap!
:)
 
 


Friday, January 22, 2016

Projek 2016: Disappearing Nine Patch block

Assalamualaikum..

Projek sambungan dari 2015..
Disappearing nine patch quilt..
Asalnya nak buat untuk sahabat yang sedang pregnant.. tengok-tengok bakal dapat baby boy.. bila ditelek-telek, macam tak sesuai pulak warna ni untuk boy.. makanya.. susun-susun ambik gambar pastu simpan balik.. muahahaa.. tak jahit lagi.. gambar bawah ni testing sahaja.. hi hi hi...


Disappearing 9 patch ni agak mudah nak buat.. asalnya adalah 9 keping fabric yang dicantum bernama 9 patch block. Setiap  fabrik sebelum cantum cuma 4 inci je.. agak kecil. Lain kali kalau nak buat saya plan nak buat besar sikit.. sebab bila racik nanti taklah rasa halus sangat.. hehe... 

fabrik di tengah-tengah 9 patch ini akan menentukan warna tema quilt kita.. jadi saya pilih oren-kelabu-maroon combo.. fabrik di 4 penjuru guna warna apa pun boleh.. ini scrappy quilt.. jadi campur gaul sesedap rasa.. ;)


Memula kita adjust bagi elok atas cutting mat. Pastu potong dua betul-betul di bahagian tengah 9 patch block kita... 


Pusing elok-elok blok ni.. dan potong tengah juga.. kalau tak nak pusing kain.. pusing cutting mat.. kalau tak.. pusing je badan.. heheehe...


Pastu adjust la susunan 4 block yang dah racik tu sampai dapat susun atur yang berkenan.. pastu cantum balik.. jadilah disappearing 9 patch blok seperti ini..


Senang kan? Cantum 9.. potong 4.. cantum balik 4 tu.. hehehe... potong cantum potong cantum.. itulah kerja den.. :p

Tak tahulah jadi apa nanti dengan 12 blok yang dah siap ni.. nak tambah lagi buat besar lagi macam tak mampu dah.. hehe.. silap-silap jadi sarung bantal lagi ni.. hehe..

Sebabkan yang ni tak sesuai untuk baby boy.. maka saya pun mulakanlah projek quilt baru.. haha.. stay tuned!

Jumpa lagi..
Take care!

Monday, September 28, 2015

Projek 2015 : Nine patch yang akan hilang...

Assalamualaikum..
Lama pula blog ini saya biarkan menyepi.
Penyakit M melanda.
Malas nak edit gambar.
Hihu..
Ampun..
Tapi.
Hari ni saya rajin dah!

Nak cerita pasal projek baru..

Saya nak buat dissappearing nine patch quilt! Saya mulakan awal September.. setakat ni saya dah siapkan nine patch blocks dia yang made up from 4 inch squares. Saya guna pre cut 4 inch yang saya beli dari cik zara dulu. Hmmm.. apa khabar agaknya cik zara.. lama betul menyepi. I hope she's fine.. and happily sewing and also quilting.. ;)

Saya tambah juga 4 inch squares daripada stash saya sendiri. Pastu kalau perasan setiap row tengah 9 patch tu menggunakan fabrik yang sama cuma susunannya saya pusing-pusing bagi variety sikit.. 

lepas siap cantum ni nanti saya akan belah tengah dia dan kemudian cantum balik.. hahaha.. it sounds a little bit voodooh sikit.. racik cantum racik cantum.. hahaha... tapi percayalah.. hasilnya memang cute! Tak caya tengok tutorial ni..

Saya ada masa tak sampai 6 bulan untuk siapkan projek ni... actually saya ada 2 quilts kena siapkan sebelum bulan 3 tahun depan.. dua orang kawan saya pregnant.. syukur Alhamdulillah.. so really happy for them.. doakan quilt ni sempat siap before the babies arrived ek... dan doakan juga quilt ni jadi cantik.. hahaha..

Dan sedikit selingan..

Gambar keluarga sebagai kenang-kenangan..kami tema marroon gi kenduri kendara masa cuti raya haji.. semua gambar makcik-makcik.. pakcik-pakcik semua pemalu.. hihi..


Jumpa lagi!
Take care. .

Thursday, January 22, 2015

Pink Purple Rug..

Sebuah projek kecil-kecilan...


Purple pink rug.. boleh jadi mug rug.. boleh jadi alas periuk.. boleh jadi apa sahaja.. ;) size lebih kurang 9 inci × 9 inci..

Lama simpan projek ni.. dah lama siap.. ingat nak bagi Disember tahun lepas.. tapi takde rezeki nak bertemu dengan bakal pemiliknya. Minggu lepas baru sempat diposlajukan.. ;)


Guna charm pack kesayangan.. charm pack yang sama dengan Quilt I.heart.purple. Quilting honeycomb style. Tapi banyak humps and bumps here and there.. hmmmmpphhh.. harap diampunkan.. binding pun macam pelik.. tengok macam binding tu matching dengan backing dia pulak.. hohoho.. ;) memula ingat nak machine binding je.. dah siap jahit 1 side.. fikir-fikir macam tak berapa cun pulak.. makanya tetas balik dan jahit lah dengan tangan keliling binding tu.. hehe..


Budak takde gigi ni pun interframe.. ;p


Projek comel nama manjanya..
Buat seorang sahabat..
Sebagai hadiah hari lahir tertunda..
Hehehe...
Hope u like it mamahakimi!
♡♥♡♥♡♥

Sunday, December 14, 2014

Slab Quilt Block No.2

Another slab block..

My sewing distraction..

Sesungguhnya mengganggu konsentrasi..

Terasa seperti scraps dalam tong-tong kecil asyik memanggil-manggil..

Haha.. sungguh psiko..

Padahal banyak projek tak siap..

Dipegang juga kain perca kecil-kecil ini..
;)


Maka siaplah satu slab block.. bersaiz 6.5 inci... Sesungguhnya sangat kecil perca ini.. ada yang siap jahit cuma sebesar suku inci...Nasib baik cukup koleksi scrap kita. takde lah asyik repeat kain yang sama je..


Sekarang dah ada dua..


Nak buat apa?
Belum tahu lagi..
Mungkin projek ini akan ambil masa bertahun lamanya.. hahahaa...
Please bear with me..
Hihihi..

Hingga jumpa lagi..
Tata..
Take care!
♡♥♡♥♡♥

Sunday, November 16, 2014

Tutorial: Half Square Triangle

Assalamualaikum..

Ingat tak Sarah's Choice quilt block? Block yang nampak macam banyak segitiga tu... blok bintang yang macam kuih bakar tu.. hahaha... blok tu terhasil menggunakan teknik half square triangle atau lebih glamer dgn nama HST. Jom kita nak share teknik HST yang mudah tapi perlu berhati-hati ini... :)

Sifir untuk HST ni adalah 7/8. Yang bermaksud kalau kita nak block HST kita bersaiz 6 1/2 inci (siap), kita kena potong kain kita 6 7/8 inci. Kali ni saya nak buat HST dengan saiz 6 1/2, jadi saya potong 2 jenis kain berbeza dengan saiz 6 7/8 inci × 6 7/8 inci. Saya pilih biru dan merah.. ;) kalau perasan kain ni 1/8 inci je nak jadi 7 inci..


Size 6 7/8 inci × 6 7/8 inci

Lepas tu, kita gariskan kat belakang kain ni dari bucu ke bucu.. garisan ini adalah sebagai panduan untuk jahit dengan jarak 1/4 inci di kiri dan kanan garisan tu.. dalam gambar tu saya garis siap-siap dengan garis putus-putus yang bermaksud kena jahit di garisan itu.. kita akan jahit 2 kain merah dan biru ni right side facing ek.. jahit pada wrong side... 


Lepas jahit akan dapat seperti ini..


Pastu potong la dia.. okey.. ini peralatan mesti ada untuk quilting..
Rotary cutter
Cutting mate
Ruler

Semua ni bersama saya sejak 2008 lagi..
Rotary cutter tu tukar blade je..
:)


Lepas potong dia..maka terbelah la dua menjadi segita..


Bila kita buka..
taraaaaa..
jadilah half square triangle. .


Senang je kan...

Saya buat 4 keping..
Nak buat pinwheel block..

Kita cantumkan satu side dulu.. kiri dan kanan seperti dalam gambar atas ni yang dah siap jahit tu... seam allowance mesti 1/4 inci ek.. ini memang sifir cikgu quilt ajar.. hehehe

Kemudian satu side lagi..
atas ke bawah.. saya akan pin banyak-banyak terutamanya kat point bertemu kat tengah-tengah block ni..


Pastu press elok-elok..
Siap satu block..
Bersaiz 12 1/2 inci..
Bila cantum dengan block lain, block ni akan jadi 12 inci (finished)

Hehe..

Buat menambah BOM 2014 kita..
;)

okey.. makcik ini mengaku.. bukan senang nak buat entry tutorial..
sebab banyak gambar.. dan kena fikir camner nak tulis sebaik mungkin..
makcik baru belajar.. salah silap dan kekurangan mohon dimaafkan ek..
Hehe.. harap Cik Ina kat Kuantan baca entry ni.. kerana cik ina shoguna kita ni la saya memberanikan diri buat tutorial.. tapi cakap betul google je HST, boleh dapat baaaaanyak tutorial.. mat salleh memang rajin berkongsi ilmu..
Owh..lupa.. tengah tunggu kelas jahit mula ni.. nak belajar jahit baju kurung pahang.. doakan saya diterangkan hati.. senang terima ilmu baru ini.. amin....

tata..
Take care!
Jumpa lagi..!
♡♥♡♥♡♥

Tuesday, October 28, 2014

Block of The Month 2014 : Meet the Sarah's Choice Quilt Block!

Assalamualaikum...

Hello!

Meet the Sarah's Choice Quilt Block.. ;)

Bulan Oktober giliran saya pula memilih satu quilt block untuk Block Of the Month game yang dianjurkan di Quilt Group kat facebook.. saya pilih block ni.. Sarah's Choice (Pilihan Sarah) :P


Tutorial kata easy..
Hmmmm..
Nampak easy..
Tapi perlu berhati-hati..


Saya yang dah habis berhati-hati pun tersasar juga.. bucu-bucu tajam tu tak bertemu ngam-ngam.. grrrrrr... tapi tengok dari jauh nampak okey je.. jadi jangan cerewet sangat la mamadaniel ek... ekekeekke... tutup sebelah mata sudah... :p


Saya pernah buat block ni tahun 2008 dulu.. dan sehingga kini masih kekal sebagai sekeping block.. tak buat apa pun.. masa tu buat tak dapat 12 1/2 inci.. kali ni alhamdulillah dapat 12 1/2 inci.. hihihi.

Ada kawan tanya berapakah tiga segi yang terlibat dalam pembikinan block sarah ni.. hmmm.. sebenarnya tiada segi tiga pun yang terlibat.. semuanya 4 segi.. semuanya squares and rectangles.. hehe.. namanya adalah half square triangle.. next time saya cerita pasal hst ni ek... ;)

Sesiapa nak try boleh follow link ni ek.. dari quiltingabout.com..

Bulan November will be the final month. Dengan cabaran dresden block.. phewww.. dengar nama pun dah berpeluh.. hahaha...

Oklah.. jumpa lagi.. mesin jahit si NV30 kita demam.. baru hantar ke klinik Ahad lepas.. LSN kata 2 minggu baru siap sebab technician semua pergi kursus... uwaaaa... lamanya takde mesin jahit...tapi harapnya mesin jahit saya tu sihat kembali seperti sedia kala la.. baru berapa tahun je uollls... tetiba meragam.. takde tanda-tanda langsung tau.. huhuhu..

Take care!
♥♥♥♥

Saturday, September 27, 2014

One slab block..

Assalamualaikum..
Hari ini nak cerita tentang satu-satunya slab block yang berjaya saya cantumkan..

Iyer.. satu sahaja..


Muahahaha..

Saya suka projek yang menggunakan scraps fabric ni.. menggunakan fabric to the max.. haha.. ikut pengalaman pertama saya ni, block ni tak susah nak buat. tapi kita kena ada scrap yang banyak design baru best.. kalau tak lambat juga masa nak matchingkan scraps tu.. sebab tak banyak pilihan kan..

Pilihan kain scrap yang ada cuma group merah, biru dan hijau campur kuning. Purple macam tak banyak.. Jadi saya pilih merah.. senang je.. bekas scrap tu saya letak tepi mesin.. pilih 2 scrap dan jahit.. buat la 3 pasang ke 4 pasang ke.. pastu cantum pasangan tu pula ataupun cantum scrap piece lain.. kalau size tak sama saya trim kan satu side. Asalkan boleh cantum dengan elok.. hmmm..boleh imagine kan? Saya takde gambar step by step.. nanti kalau ada second block saya snap gambar ek..tapi  doakanlah semoga ada second block itu.. ;) miahahahaha...

Kalau kalian rajin google.. boleh search Just One Slab quilt block.. boleh tengok projek yang blogger naptimequilter anjurkan pada 2013. Nanti saya linkkan ek.. sekarang update guna tepon je.. laptop dah pejam.. huhu..

Slab ni bila saya tengok web Pusat Rujukan Persuratan Melayu maknanya ialah tiles..jubin.. hihi.. kalau rajin buat quilt jubin ni memang cun melecun ni.. Block saya ni 6 1/2 inci.. cinonit je.. kalau rajin boleh tambah-tambah lagi jadi 10 inci ke 12 inci ke. Baru cepat jadi quilt.. muahaha.. berangan tak habis-habis.. muahaha..

okeylah..sekian kisah sebuah block jubin mamadaniel..

hihi..

jumpa lagi..

take care..

♡♡♥♥

Monday, September 22, 2014

Block of the month 2014: September is I.heart.blue

Assalamualaikum...
Salam Isnin..
Apa khabar..
Saya alhamdulillah.. baru je sihat dari demam-batuk-selsema.. dah lama saya tak demam.. selalu batuk dan selsema je.. kali ni memang merasa la demam 3 hari.. jangkit dari anak2 dan bapak anak.. saya yang last kena..  alhamdulillah. Selepas lebih seminggu sengau akhirnya ok juga.. dah boleh gi kelas swimming semula.. rindu kolam.. saya dah boleh swim breaststroke style dah.. lepas 8 sesi.. sekarang baru masuk teknik free style.. baru belajar angkat sebelah tangan.. itu pun rasa nak tergolek-golek je dalam air.. haha..

Panjang plak mukadimah kali ini.. hahaa..

Dalam demam-demam aritu dapat juga ku belai-belai mesin jahitku.. dan dapat menjahit BOM bulan September 2014.. block bulan ni adalah heart block.. kelolaan mak BOM kak Aida Harun yang glamer itu.. kikiki.. dalam kepala saya memang nak hati biru.. background nak merah.. putih sikit-sikit je.. dalam akal fikiran memang cun sesangat la kengkononnya blok itu kelak.. sekali siap jahit... amekkawww.. warna cemerlang gitu.. sakit mata makcik ni ha.. aishhh.. rasa nyesal plak tak guna kain merah yang banyak putih.

Kalau sakit mata, pakai ray ban ek untuk menenungnya.. huhuhu...

Dalam hati pasang niat nak jahit satu lagi la block ni.. pastu dah nekad dah taknak tayang block silau ini di mana-mana pun.. tapi dalam pasang niat itu ini daku tepek juga gambarnya kat fb quilt group kami tu.. and lucky me.. the quilt group sisters approve this block with their nice and lovely comments.. cayang sangat la diorang tu.. sangat kind hearted people dan sangat bijak menenangkan perasaan tak syok ku pada block ini.. hihihi... ;) jadi this heart will stay.. takde second block untuk menggantikannya.. unless makcik ini terlebih rajin.. muahahahaa... ( idok punyer... ) Next month.. october.. is my turn.. so.. tungguuuuu..harap tidak silau lagi.. miahahaha...
till we meet again.. take care 

 with lots of ♡♡♥♥..
   and million hugs too...

Wednesday, September 10, 2014

Block Of The Month 2014 : Jun bernama Basket of Roses.. ;)

Block bulan Jun.. siap malam 31 Ogos dan cerita pada bulan September.  Hehehe...
Blok paling lama ambik masa setakat ini.. entah kenapa lah ilham sangat lambat mari.. baca tutorial berkali2 tapi taknak faham.. bukan payah sangat pun.. tapi tak dapat hidayah.. hahaha... ;) bulan enam.. melangkau bulan puasa dan bulan syawal.. memang sakan kemalasanku.. hahaha... apa pun.. mekaceh mak bom Jun iaitu kak pah atas pilihan block ini.. suatu pelajaran baru untuk saya.. kalau suruh saya buat sendiri berzaman ler.. hihihi..

Jadi inilah hasilnya.. Basket block yang agak mencabar.. sebab banyak tiga segi.  Saya dengan triangle hst ni memang selalu sangkut arrr... sure ada yang terkecik.. grrrrrr.... tapi dari segi fabrik choice.. I think I'm satisfied. . Chewaah... ;P tutorial dari quilting about.com..

Baru ada 6 blocks.. tema red and turqoise... lagi 3 menanti.. bulan september ni block I lap u.. bulan oktober giliran daku.. tunggu.. hihi..

Jumpa lagi lain kali!
Tata
♡♥♡♥