Assalamualaikum..
Salam bulan kemerdekaan.. Salam Merdeka ke-63 Malaysia! Tahun ni sungguh berbeza kan.. tiada sambutan seperti tahun-tahun yang lalu.. bertabahlah kita semua.. semoga wabak yang datang ni cepatlah Allah angkat pergi dari muka bumi ini.. amin.. #prayhard Apapun, bersyukurlah sentiasa.. negara kita antara negara terbaik menangani wabak ni.. teruskan usaha #kitajagakita 💪
Bulan ni saya lega dah.. final exam semester 2 MHRD dah selesai.. ada satu paper je kena ambil exam.. yang lain lecturer ubah format, ada yang reflective paper dan assignments + presentations (which I score high ;)) Yang amik peksa tu memang kaput la mak... otak mak dah tak sama level macam orang-orang muda.. berkarat bebenor.. huhuhu.. walau pun begitu, saya tetap syukur yang amat sangat.. Semester ni penuh dugaan. Kena belajar online, exam pun online, presentation online.. hihihi.. menggigil kena jaga slide, pastu kena present lagi.. technical problem jangan kata lah.. hadap je lah.. Gi kelas pun 2-3 minggu pertama je, masa tu pun dah kecoh pasal Covid-19.. Tak lama tu terus PKP. Walau dah PKPP pun, kami masih kelas online. Langkah berhati-hati.. keselamatan semua perlu diutamakan. lamanya tak gi UPM.. haihhhh..
Kelas online ni, banyak cabarannya. Emosi turun naik. tak dapat keluar rumah, tak dapat jumpa kawan-kawan untuk bincang kerja kumpulan.. struggle... semester ni pula jadi panjang sebab ada cuti PKP dan kelas online pun tak sama kelas face-to-face, jadi ada yang kena dipanjangkan sedikit untuk habiskan syllabus. Longest semester ever!! Bila dah mula cuti ni, rasa sangat legaaaaa... i tell you! siapa kata sambung belajar ni senang amat! hahahaa.. ok.. tak susah sangat, tapi bagi saya tidaklah mudah juga.. ada pasang surutnya.. tapi tetap seronok la... hihihi.. #mixedfeeling
Cuti semester kali ni dapat panjang la sikit.. bulan Oktober nanti baru bukak semester baru.. pejam celik dah nak masuk sem 3 dah mak ni haaa.. cuti panjang ni macam-macam plan nak buat.. nak menjahit, nak cari balik cross stitch, nak siapkan runner, nak masak, nak tanam sayur, nak hiking, nak senam.. bahahahaha... plan je la tu.. setakat ni yang jadiknya cuma mengait mask extender je.. menyudahkan janji yang taknak kucapatikan.. hahaha.. ok share gambar sikit... hihihi..
Menanam sayur ada la sikit-sikit.. hikmah duduk di rumah lama.. hihi.. dapat la bercucuk tanam.. semua masih peringkat anak pokok.. hahaa.. lambat besar atau terbantut tumbesaran..saya pun tak berapa pasti.. maklumlah baru belajar menanam kan.. hihihi... tapi cakap betul la.. hati gembira tengok biji benih yang ditanam, tumbuh jadi anak pokok, lepas tu membesar.. banyak daun, keluar bunga.. oooo makkkk.. takleh cerita la perasaan tu.. hihi.. bak kata omputih Horticultural Therapy.
Bila menanam ni kita dapat mengeluarkan hormon gembira kita.. Tak payah la kita tunggu orang bagi bunga kat kita, kita tanam pokok bunga.. hari-hari dapat bunga, hari-hari gembira..hihi.. walaupun bunga pokok bendi.. miahahahaha.. Sekarang paling gembira dengan pokok bunga telang biru ku... dah mula berbunga dah... yehaaaa... kawan bagi tips, kalau nak pokok kita sihat segar bugar, kita kena cakap i love you hari-hari kat pokok kita.. hihi.. ok, dah cuba buat, tapi bisik-bisik je la.. kot jiran dengar, malu alah plak nanti.. hahahahaha
Pokok bunga telang ni saya tanam dari biji benih.. benih tu beli di shopee..
benih siam mari.. satu ayat pun tak paham kat plastik dia.. hahaa...
anak pokok dia halus je kan..
Gambar bawah ni dah sebulan lepas semai..
tak berapa pandai lagi menanam kan, satu pasu saya masukkan dua anak pokok.. pastu sekarang macam menyesal plak, nak gali balik takut terputus akar ke apa ke kan.. jadinya tawakal je la untuk sepasu telang ni... akar dia berbiji-biji tau.. masa ni sepohon tu tak jumpa tiang nak membelit lagi.. hihi
sehari lepas tu jenguk, dia dah jumpa dah tiang dia.. hehee...
bahagianya rasa.. tetiap hari belek dia nih.. hihi
Trellis hijau ni saya beli di Homepro IOI City Mall.. tak ingat harga.. tapi tak mahal mana la.. masa ni dah cuak tengok dia macam takde tempat nak belit kan.. Pastu kita beli plak trellis buluh kat shoppee.. oversea mari.. tunggu la 12 hari baru dia sampai.. ada jual buluh tu kat Mr DIY, tapinya size dia besar.. saya nak cari yang kecil je, tempat gantung tak berapa luas.. hihii..
Ini baby sulung kita.. hihihi
tapi tak sempat kembang, dah jatuh gugur ke bumi.. tak tau la angkara siapa.. takmo tuduh-tuduh la kan.. (tapi semalam nampak cik belalang elok parking tak atas pagar 😑) huhuhu
Ini pula gambar hari ini...
dah keluar dah bunga dia.. trellis buluh halus tu la beli di shopee..
22.6.2020 - 28.8.2020 - macam tak lama la sebenarnya nak tunggu dapat bunga ni..
jadi kalau nak mula tanam pokok bunga, saya cadangkan mulakan dengan cik telang ni.. hehee.. tengok gaya dia tahan lasak juga.. tinggal balik kampung pun dia survive.. pastu bunga biru plak tu.. memang kegemaranku lah kan.. makanya kembang sahaja hati ku memandangnya.. cheeeewahhhh! hahahaha... pakcik uols suruh tanam orkid pulok.. sebab orkid pun kebal, boleh tinggal lama.. ok, jom cari orkid biru 😍😍😍
Sekian karangan panjang kali ini.. Lama tak menulis ginilah jadinya.. hahaha
Kengkawan yang singgah sini sila tinggalkan jejak anda di ruang komen ya!
Kalau nak tengok saya menceceh selalu, boleh jugak ke ig berkebun saya https://www.instagram.com/acikmokberkebun/
dan
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-63
#malaysiaprihatin
Jumpa lagi!
Wassalam!